Thursday, February 24, 2011

sambungan klu cinta [franky_francine]

BAB 9

Selepas kelas, aku dan Damia ke kedai kek Isabella untuk menempah kek hari lahir Fikry. Ada pelbagai jenis kek di situ seperti kek hantaran sebagai pemberian kepada calon isteri atau calon suami. Ada juga kek perkahwinan untuk meraikan mempelai dua sejoli. Tidak ketinggalan kek yang dibuat khas sempena hari ibu dan hari bapa. Juga terdapatnya kek hari lahir untuk menyambut kenaikan usia seseorang! Kedai yang terletak di Danau Kota, Kuala Lumpur ini memang terkenal dengan hiasan yang cantik pada keknya dan rasanya yang sedap. Harganya juga berpatutan! Kami menempah kek dua tingkat memandangkan majlis ini dibuat dalam kalangan teman rapat dan keluarga sahaja. Pada mulanya, memanglah kami mahu menyediakan kek hasil air tangan sendiri. Tetapi, entah mengapa Damia tiba-tiba bertukar fikiran dengan mengajak aku ke ibu kota semata-mata untuk membeli kek di sana. Keluar sahaja dari kedai itu, jam sudah menunjukkan jam 7 petang. Oleh sebab waktu maghrib hampir tiba, kami singgah dahulu di salah sebuah surau yang berdekatan untuk mengerjakan kewajipan yang sangat dituntut sebagai seorang muslim. Tepat jam 8, kami meninggalkan perkarangan surau.

“Dian, kau dengar tak?” tanya Damia tiba-tiba.

“aku tak dengar apa-apa pun. Kau ada dengar apa?” tanyaku pula. Aku mula rasa tidak sedap hati. Tayar kereta aku bocor ke? Harap-harap tidaklah kerana aku tidak sanggup untuk menukarnya malam-malam begini. Sudahlah perjalanan kami memakan masa kira-kira sejam untuk pulang ke rumah.

“kau tak dengar ke irama yang berbunyi ni?” Damia bertambah menakutkan aku. Nak kata aku pasang radio, belum lagi. Irama apa pula yang singgah di telinganya ni?

“tak dela.”

“aduhai kawanku, kau ni tak faham-faham lagi ke?” Dia membuat aku berfikir sejenak.

“oh! kau nak dengar radio ke? On je la. Tak perlu nak bermadah-madah pula,” balasku. Damia melepaskan keluhannya.

“kau ni kan Dian, dari dulu tak pernah nak faham kata-kata aku kan? Biar aku terus-terang je la macam tu. Irama yang berbunyi tu datang dari perut aku la. Bukan setakat drum, gitar pun berbunyi juga ni!”

“la..kau lapar ke? Lain kali kalau nak cakap, biarlah terang lagi bersuluh.” Damia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“habis tu, kau nak makan kat mana?” tanyaku meminta pendapatnya. Sebenarnya aku belum terasa lapar lagi kerana petang tadi aku sudah menjamah sekeping roti. Waktu itu aku sedang menunggu Damia yang masih belum keluar dari kelasnya.

“aku teringin nak makan tom yam la! kau tahu mana-mana tempat yang sedap kat sini tak?”

“amboi, makan nak sedap je!” Damia mencebikkan bibirnya.

“okla, aku tahu satu tempat ni. Aku pernah makan kat sana dengan Fikry dulu. macam-macam jenis tom yam dijual kat situ.”

“ok, aku ikut jer! Bila pula kau dengan Fik makan kat sana?”

“seminggu sebelum aku masuk asrama. Dia cakap dia nak belanja aku makan. So, aku ikut je.”

“korang naik apa? Bas?”

“kedai tu buka waktu malam je. takkanlah nak naik bas malam-malam tu! Seram aku!”

“habis tu?”

“abang Danny yang hantarkan. Kebetulan hari tu, dia nak jumpa kawan dia kat situ.”

“oh! tapi, kenapa korang pergi berdua je? ada apa-apa ke?”

“kau jangan nak buat spekulasi entah apa-apa tu pula ye! Aku pergi dengan dia sebab masa tu kau ada hal keluarga. Lupalah tu!” balasku menerangkan keadaan yang sebenar. Aku masih ingat. Waktu itu, aku sendiri yang menelefon Damia untuk mengajaknya keluar bersama aku dan Fik. Tapi, dia terpaksa pulang ke kampung kerana ada hal. Jadi, kami memutuskan untuk pergi berdua sahaja!

“oh ya! aku ingat! Masa tu ada emergency case! Aku kena balik kampung. Tu yang tak ambil pusing sangat apa kau cakap. Sorry ye!”

“tak pe la. Aku pun dah lupakan hal tu. Lagipun, benda dah lepas.”

“yela. Dian, aku nak tidur kejap. Nanti dah sampai, kejut aku,” Damia memberi arahan.

“amboi, suka hati jer! Kau ingat aku ni sape? Driver kau?”

“ala, sekali-sekala apa salahnya!” Damia ketawa dan terus menutupkan matanya.

“hish, dia ni! nasib baikla kau kawan aku Mia. Kalau tak dah lama aku cekik-cekik kau tau!” Damia tidak menjawab. Pasti dia sudah tidur. Keletihan agaknya. Aku meneruskan pemanduanku sambil melayan perasaan mendengarkan lagu-lagu jiwang yang berkumandang di radio.

*******

“Dian!” jeritan seseorang dari belakang menghentikan langkahku.

“laju betul kau berjalan! Penat aku kejar kau dari atas,” kata Damia yang termengah-mengah.

“ha, kau nak apa sampai sanggup kejar aku ni?”

“kau lupa ke? Hari ni kan kita nak pergi beli barang-barang untuk majlis hari lahir Fik? Tinggal beberapa hari je ni!”

“alamak! Aku lupa. Nasib baik kau ingatkan. Kalau tak aku dah balik dah.”

“yang kau ni tergesa-gesa sangat ni kenapa? Selalunya kau lepak kat kafe dulu?”

“sebenarnya, aku kena pergi ambil Dom kat syarikat abang aku tu. Abang aku balik malam hari ni. so, macammana?” tanyaku meminta cadangan.

“kalau macam tu, kita ajak dia sekali la!”

“ok, boleh je. Aku rasa dia pun tak kisah! Kita nak naik kereta siapa?” tanyaku membiarkan Damia membuat pilihan.

“kereta kau la! aku tak bawa kereta hari ni. Kereta ada masalah. Aku hantar bengkel pagi tadi.”

“oh, ok! jomlah!” Kami menuju ke tempat parkir kereta dan bergerak menuju ke D’Zire Fashion.

********

“ok! semua barang dah beli. Lega rasanya,” kata Damia setelah kami membuat bayaran untuk kesemua barangan di kaunter.

“banyak juga belanja untuk buat persiapan majlis hari lahir mamat tu ek?”

“biasala. Zaman sekarang mana ada yang murah! Nak masuk tandas pun kena bayar tau!” Damia seperti meluahkan rasa ketidakpuasan di hatinya. Aku hanya mampu tersenyum.

“so, lepas ni nak pergi mana?” tanyaku memandang Dom dan Mia.

“apa kata kita pergi beli hadiah pula?” Dom memberi cadangan.

“ok, mari!” Kami berjalan-jalan sambil memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada tuan empunya hari lahir. Sedang kami berjalan-jalan, aku ternampak sebuah kedai jam di situ. Aku mengajak mereka untuk melihat-lihat koleksi jam yang dijual.

“Dian, nak beli jam lagi ke? Bukan hari tu kau dah beli?” tanya Mia hairan dengan sikapku. Baru beberapa hari lepas aku membeli jam baru, takkan nak beli lagi?

“kata tadi nak cari hadiah untuk Fik? Aku nak beli jam untuk dia la ni,” balasku. Aku tertarik dengan jam berjenama Everlast itu. Aku tahu itu ialah jenama kesukaan Fik. Jadi, tanpa membuang masa aku meminta jam itu dibungkuskan. Selepas membuat bayaran, kami beredar ke kedai buku pula. Mia ingin membelikan sebuah buku untuknya. Sementara Damia memilih buku untuk dihadiahkan kepada Fikry, aku dan Dom meronda-ronda di dalam kedai buku itu. Dom yang sememangnya minat untuk membaca, membelek-belek buku yang mahu dijadikan tatapan untuknya. Aku mengambil kesempatan itu untuk membeli sebuah buku yang mahu aku hadiahkan kepadanya.

Tanpa aku sedari, ada mata yang sedang memandang ke arah aku dan Dom yang sedang bergurau senda sambil melihat buku-buku yang menarik perhatian kami. Apabila aku melihat ke arah gadis itu, dia melarikan pandangannya. Macam-macam perkara berlegar dalam otakku. Namun, aku mendiamkan diri sahaja. Sedang kami berjalan keluar dari kedai buku itu, perutku terasa lapar pula.

“jom, kita pergi makan nak tak?”

“idea yang bagus!” Dom bersetuju denganku. Namun, Mia diam tanpa memberi apa-apa respons.

“Mia?” aku dan Dom memanggilnya. Kemudian, barulah ada jawapan yang meniti di bibirnya.

“hmm..aku ikut jer!”

“kita nak makan kat mana Dom?”

“Pizza Hut? Saya dah lama tak makan pizza.”

“ok, tapi awak belanja!”

“boleh je.”

“no la. just kidding! Jomlah!” aku sekadar bergurau. Dari belakang Damia sakit hati melihat kemesraan teman baiknya dan jejaka yang telah mengganggu naluri kewanitaannya. Namun, Damia menyimpan perasaan itu dalam-dalam. Dia berlagak biasa. Seperti tiada apa yang mengguris perasaannya. Ketika makan, Damia cuba untuk mencuri perhatian Dom. Pelbagai soalan yang diutarakan dan berbagai-bagai topik yang menjadi bahan bualan.

“so don’t you have any girlfriend?” tanya Mia memeranjatkan aku kerana tidak terlintas di dalam fikiranku untuk bertanyakan soal peribadi Dom itu.

“no!” balas Dom sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“takkanlah jejaka sekacak awak tidak ada teman wanita?”

“mungkin saya tak cukup kacak kot!” Dom tergelak. Tawanya disambuat aku dan Mia.

“atau awak terlebih kacak?” Mia membalas selamba. Kami ketawa lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi.

“Dom, awak bukan sahaja kacak, bergaya malah kaya! Takkanlah tiada sesiapa yang meminati awak di sana?” tanyaku pula setelah tawa kami reda.

“memanglah ada. Tapi, tiada seorang pun yang memiliki ciri-ciri gadis yang saya mahukan.”

“awak sukakan gadis yang macammana?” tanya Mia lagi. Beria-ia benar dia mahu tahu.

“saya mahukan gadis yang periang, bersopan-santun dan memiliki ciri-ciri ketimuran,” terang Dom sambil memandang wajahku. Aku sekadar tersenyum dan mengalihkan pandangan ke arah Mia yang masih mahu meneruskan pertanyaannya.

“ciri-ciri ketimuran? Jadi, awak tidak suka pada gadis Barat?”

“bukan tak suka. Saya lebih menggemari gadis-gadis melayu seperti awak berdua.” Kulihat Mia tersipu-sipu malu. Kini, giliran aku pula bertanya.

“tapi, kenapa? Bukankah awak tinggal di negara yang penuh dengan gadis Barat?”

“saya hanya dilahirkan di Jerman. Tetapi, saya dibesarkan di Singapura. Di sanalah saya berkenalan dengan seorang gadis melayu yang merupakan teman baik saya di universiti dahulu. Namanya Annyyss Natalia. Dia bukan sahaja sedia untuk berkongsi hal peribadinya, malah, dia turut mengajar saya perihal Islam.”

“awak meminati gadis itu?”

“ya, memang saya ada menyimpan perasaan kepadanya.”

“jadi, kenapa tidak diluahkan kepada dia?” tanyaku lagi.

“kerana perbezaan agama.” Aku dan Mia mengangguk tanda faham.

“maaf, kalau saya bertanya. Awak tak mahu masuk Islam?” takut juga aku mahu menanyakan soal itu. Takut-takut aku menyinggung perasaannya.

“entahlah. Saya takut ibu bapa saya tidak boleh menerimanya.”

“Dom, hidup di dunia ini memang banyak ujian yang melanda kita. Tapi, kalau Tuhan mengkehendaki, setiap masalah pasti ada jawapannya. Bersabarlah,” balasku memberi dorongan pada Dom untuk terus mengejar cita-citanya.

“awak dan dia masih berkawan?” Mia mengajukan soalan yang membuatkan aku juga ingin tahu jawapannya.

“tidak. Selepas kami tamat belajar, dia berpindah ke New York untuk mengikut keluarganya di sana. Sejak itu, kami terputus hubungan. Saya tidak tahu apa-apa tentang dia.”

“awak masih menyimpan perasaan terhadapnya?” tanya Mia inginkan kepastian. Dom tersenyum. Tiada anggukan atau gelengan daripadanya yang membuatkan kami diburu tanda tanya. Adakah Dom masih mengharapkan Annyyss Natalia? Adakah Dom sudah lupakan dia? Adakah Dom sudah menjumpai gadis lain? Siapakah gadis itu? Semua soalan itu bakal terjawab satu hari nanti! Aku pasti Dom perlukan masa untuk menceritakan kisah peribadinya kepada kami, teman yang baru dikenalinya.

Friday, February 18, 2011

pesanan!!


*kalau korang dtg blog ni.. korang jangan lupa tekan right-click..akan munculnya mutiara kata utk hari tu.. aku akan biarkan mutiara kata tu utk satu minggu.. setiap malam sabtu..aku akan tukar.. so..kalau korang nak baca kata-kata yang menarik dan boleh menaikkan semangat tu.. insya Allah.. korang visitla blog aku setiap malam sabtu k.. aku dah mulakan minggu ni.. jadi aku akan update minggu depan la pulak k..

*kalau korang tertarik dgn iklan-iklan kat sidebar tu..korang klik je la ek.. iklan-iklannya best!! heha~~

*kalau korang ada masa lebih sikit..pi la dekat cbox aku utk tinggalkan jejak.. so that aku tahu la sape yg pi blog aku ni..

*kalau korang tak suka blog aku..then just tutp sbb aku tahu ada ramai lg yg punya blog yg lagi menarik.. hehe..

*kalau korang nak tanya apa-apa pun boleh tanya kat cbox aku tu.. sementara aku ada sekarang ni..mmg tiap2 hari aku berblogging..

*kalau korang nak add aku kat fb.. korang cari je nur farah anis kamarolzaman.. korang boleh follow aku kat twitter gak.. hehe..

baiklah itu shaja pesanan aku utk korg k.. thanx 4 looking/reading/visiting/supporting my blog, dear..

Wednesday, February 2, 2011

hantu minyak!!

ada seorang gadis menceritakan sesuatu padaku tempoh hari.. nak dipendekkan cerita..

masa dia dalam perjalanan ke suatu tempat hari tu.. time tu malam n dia tertidur.. masa

bapak dia tengah memandu..tiba-tiba je adik dia nangis.. masa tu diaorang tgh melalui satu

kawasan selekoh yang bahaya la jugak..
lepas tu terdengar la siren polis n bomba..

rupa2nya ada accident..

dia n adik2 dia duduk rapat2.. apabila dia melalui kawasan accident tu.. dia tengok tak de

sape yg cedera.
. pastu diaorg melalui satu selekoh lagi..

masa kat selekoh tu bapak dia nampak minyak atas jalan raya.. mungkin minyak yang

tertumph dari kereta yg accident atau bomba simbah minyak..


ada dua kereta n satu motor depan kereta diaorang.. tiba2 motor tu jatuh n

kereta belakang motor tu brek mengejut.. nasib baik bapak dia sempat mengelak dari

langgar
kereta depan diaorang..


macam nak gugur jantung!! penunggang motor yang jatuh bangun cepat2..

setelah semuanya ok..

mereka meneruskan perjalanan..

adik dia lagi kuat menangis.. mak dia apa lagi pujuk punya pujuk sampaila adik dia

tertidur..
bla dah sampai kat tempat yg dituju..adik dia tu bangun n meragam lagi..

kenapa ye adik dia macam tu?? sebelom ni ok je??? bla aku tanya dia.. dia kata

mungkin sebab
ada hantu minyak yang mengganggu adiknya.. betul ke?? setahu aku

hantu minyak tak wujud!!


takkanlah minyak yg tertumpah di jaln raya bertukar menjadi hantu????

tapi macammna???



apa pendapat korang???????