Saturday, April 9, 2011

accountancy is great!!!

kenapa aku nak amik accountancy????

1st sbb aku minat nombor....

2nd sbb aku nak jd ahli korporat.. utk jadi ahli korporat such as CEOn top management kena ada accounting knowledge...

3rd sbb accountant memerlukan komitmen yg sgt tinggi kerana perlu bekerja sehingga lewat malam...

4th sbb aku nak buka bisnes besar2.. so i need that accountg knowledge r8?!?!?!

5th sbb accountancy banyak cabrn risiko.... antaranya.. kena cekap analisis data.. bermain dgn nombor.. teliti..jujur.... balik lewat malam.. kalau single okla..kalau dah ada family kena pandai2la:)))

6th sbb masa belajar pun ada cabarannya..cabaran plg besar lawan dgn budak2 cina yg terror mengira ni! kalau korg nak tahu lebih 50% org cina involve dlm bdg ni... so aku nak buktikan aku pun boleh!!! Islam boleh!!! hehe:p

7th sbb aku teringat kat arwah atuk aku.. dulu dia ada bisnes... bapak aku jaga bisnes arwah atuk.. so aku rasa mungkin itu salah satu sbb aku nak ikut jejak diaorg.. darah bisnes.. aku rasa arwah atuk ada impian nak besarkan bisnes dia tp tak kesampaian kerana telah pergi dulu.. so ni kira macam aku nak teruskan impian arwahla.. lgpun aku mmg rapatla gak dgn arwah masa kecik2..

8th sbb gaji yg lumayan.. hehhe:p nak bahagiakn parents dgn kejayaan aku:))

walauapapun aku harap aku dapat pergi jauh dalam bidang ni..... perakaunan!!!!!

Wednesday, March 30, 2011

result spm!!!

1st sekali nak minta maaf sebb lama tak uodate blog..busy lepas dapat result :p

  • ok..pasti semua tertanya2 macamner keputusan spm aku kan?! ok nak bgtaula ni.. alhamdulillah..spt yg aku sangkakan aku mendapat 4A+ 3A 1A- 1B+

  • nak tahu tak apa yg B tu?? subjek yg aku kurg minat...BIOLOGY.. tapi apapun aku dah try the bez!!! sorry kepada guru bio a.k.a guru kelas aku..cikgu ct fatimah..anak muridmu tidak berjaya mndapat walaupun A- utk subjek itu :(

  • n mesti korg nak tahu apa yg aku apply lepas dapat result tu???? ok..balik je dari kl utk amik result..aku terus on internet utk apply MARA.. aku apply accountancy under MARA.. hopefully dapatlah interview tu n dapatlah scholar tu jugak :)

  • kenapa aku apply MARA??? sbb MARA shj yg taja student accountancy.. n MARA bgku menyuruh aku mara ke hadapan :) GO! GO! GO!

  • tapi..seandainya bukan rezeki aku dgn MARA..aku ada plan B.. aku nak masuk matrix utk buat perakaunan kat sana n hopefully dapatlah matrix Selangor :)

  • kenapa aku nak masuk matrix??? sbb aku tak de basic account n perhaps kat sana boleh belajar dari awal.. walaupn org kata matrix susah..tp aku rasa seronok!!! sbbnya aku suka hectic life!!!!

  • aku tak suka sgt masuk diploma coz lama sgt nak graduatenya :( tp kalau bukan rezeki aku dgn matrix..aku tak de pilihan lain selain buat diploma kat UiTM..

tapi jgn risau!! walau dimana pun kita belajar.. kita pasti boleh berjaya dgn berkat usaha kita.. restu ibu bapa.. doa semua n yg plg pntg.. dgn izin ALLAH S.W.T..

Friday, March 18, 2011

novel

dalam masa 2 minggu..aku dapat membaca 5 buah novel.. jadi tibalah masa utk aku beritahu kenapa aku suka sgt baca kelima2 novel ni!!!
  • sungguh aku cinta-anis ayuni.. cinta ekspedisi.. perkenalan 2 pasang insan ketika mereka berekspedisi mendaki bukit n gunung..
  • harapan aku.. aku dapat berkenalan dgn seorang jejaka yg suka berekspedisi n aktiviti mencabar macam pasangan dlm novel ni..

  • manisnya cinta-anis ayuni..mengejar cinta.. seorg pilot mengejar cinta seorang interior designer.. pilot tu tipu si interior designer yg dia ialah seorang pemandu bas n tak kaya.. hanya sekadar utk melihat isi hati si interior designer.. pilot tu dalam diam tahu semua berkenaan si interior designer dgn cara menyelidiknya dari adik interior designer tu..
  • harapan aku..semoga aku dapat lelaki macam ni.. berkemampuan..penyayang.. berusaha utk mendapatkan cintanya..

  • hanya Dia tahu-aleya aneesa.. seorang adik ingin menjalinkan ikatan abangnya dgn teman baiknya.. tapi si abang tak nak malah menghina gadis itu.. si teman baiknya ttp cool kerana teman baiknya itu juga tidak punya apa2 perasaan pada si abng.. tapi tanpa disedari si abng jatuh cinta pada kawan baik adiknya itu.. malah si abang cuba utk mendekati si teman baik adiknya.. si abang dapat tahu yg teman llki adiknya punya perasaan yg sama pada teman baik adiknya.. jadi si abang cuba bermacam2 cara utk selamatkan hubungan adiknya dgn teman baiknya..
  • harapan aku.. semoga dapat lelaki macam si abg yg sanggup melakukan apa sahaj utk mendapatkan cinta gadis tu walaupun dia pernak menghina gadis tu.. n llki yg penyayang yg sanggup mmbantu meleraikan pertelingkahan si adik n teman baik adiknya itu..

  • senafas rindu-damya hanna.. seorg llki Islam n seorg perempuan bukan Islam yg convert to Islam.. dari awal cerita l;elaki ini senantiasa melindungi n membantu gadis tu..
  • harapan aku..semoga mendapat seorg teman hidup yg sgt memahami.. melindungi n membawa ke arah kebaikan...

  • saat cinta bersemi-damya hanna.. seorg pemilik hotel ialah seorg playboy dan ego.. telah banyak kali dia melukakan hati n menyebbkan temannya itu dibuang sekolah.. tanpa disedari dia suka pada gadis itu.. dia melindungi gadis itu dari kekejaman abng angkat gadis itu.. dia menyelamatkan gadis itu dari bahaya..
  • harapan aku.. semoga mendapat seorg jejaka yg bisa melindungi dan dtg padaku apabila aku memrlukan.. n dapat teman hidup yg merupakan CEO sebuah syarikat:)


Thursday, March 17, 2011

cara merendah diri..

TIPS2 INI AKU DENGAR DARIPADA SEORANG DOKTOR YANG MEMBERI CERAMAH DI RADIO IKIM TEMPOH HARI..

-ringan mulut utk ucap terima kasih..

-sekiranya pandangan kita salah.. tidak salah utk minta maaf dan terima pandangan org..

-hargai setiap org..

-lebih bnyk mendengar dari bercakap..

-jangan sentiasa label atau hukum org..

-sebelum tegur seseorg..mesti ada hubngan baik dgn org tu dulu..

-kalau nak puji org.. puji direct.. ikhlas..

SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, March 15, 2011

rutin bulanan..

tempat fav aku yang akan aku lawati setiap bulan ialah banting..

kenapa??

sebb mama n ayah aku selalu pi econsave banting utk beli brg dapur..

pagi tadi baru jer aku pi sana.. haha.. best beli brg dapur ni!!!

tak tahu kenapaa.. tapi aku suka beli brg dapur daripd shopping baju..

penat nak try.. kalau juz ambil tnpa mencuba sizenya.. takut tak selesa.. normalla tu kan?!

nak tahu tak kenapa aku suka beli brg dapur??

sebbnya.. aku boleh amik buah-buahan apa je yg aku suka.. yummy!!!

then, aku rasa macam wanita berkerjaya yg ada rumah sendiri.. sbb aku yg kena beli brg dapur.. hahaa.. walaupun mak aku sbnrnya yg sibuk mencari itu n ini.. aku cakap je nak apa sambil tolak troli.. hehe:p

selain itu, aku boleh belajar macmner nak pilih sayur n buah yg elok2.. n yg plg penting kena pandai banding2kan harga dgn pasaraya lain..

paling penting..sebgai pengguna bijak kita kena lah tunjukkan kebijakan kita semasa memilih n membeli.......................

jadilah pengguna yang bijak!!!

Sunday, March 13, 2011

im back!!!

hallu!!

kalau semua org perasan.. dah lama aku tak lawat n buat post baru kat blog ni..

akhir2 ni.. busy sikitla.. macam2 bnda nak kena fikir n buat..

hidup yg aku lalui hari demi hari mmg bosan tapi.. aku cari cara utk hilangkan bosan tu..

cthnya..aku pi sg congkak 2 minggu lepas.. terisila masa aku minggu tu..

every morning..aku pi jog..

every evening..aku akan dancing..

every night..aku akan online..

everyday..aku akan belajar utk speaking in eng.. sbg persediaan utk masa depan.. hehe:p

jadi mulai hari ni...kalau korang nak online dgn aku.. korang boleh online malam2.. tapi sampai jam 12malam(plg lewat) kat fb or ym.. haha:)

see ya!!

Thursday, February 24, 2011

sambungan klu cinta [franky_francine]

BAB 9

Selepas kelas, aku dan Damia ke kedai kek Isabella untuk menempah kek hari lahir Fikry. Ada pelbagai jenis kek di situ seperti kek hantaran sebagai pemberian kepada calon isteri atau calon suami. Ada juga kek perkahwinan untuk meraikan mempelai dua sejoli. Tidak ketinggalan kek yang dibuat khas sempena hari ibu dan hari bapa. Juga terdapatnya kek hari lahir untuk menyambut kenaikan usia seseorang! Kedai yang terletak di Danau Kota, Kuala Lumpur ini memang terkenal dengan hiasan yang cantik pada keknya dan rasanya yang sedap. Harganya juga berpatutan! Kami menempah kek dua tingkat memandangkan majlis ini dibuat dalam kalangan teman rapat dan keluarga sahaja. Pada mulanya, memanglah kami mahu menyediakan kek hasil air tangan sendiri. Tetapi, entah mengapa Damia tiba-tiba bertukar fikiran dengan mengajak aku ke ibu kota semata-mata untuk membeli kek di sana. Keluar sahaja dari kedai itu, jam sudah menunjukkan jam 7 petang. Oleh sebab waktu maghrib hampir tiba, kami singgah dahulu di salah sebuah surau yang berdekatan untuk mengerjakan kewajipan yang sangat dituntut sebagai seorang muslim. Tepat jam 8, kami meninggalkan perkarangan surau.

“Dian, kau dengar tak?” tanya Damia tiba-tiba.

“aku tak dengar apa-apa pun. Kau ada dengar apa?” tanyaku pula. Aku mula rasa tidak sedap hati. Tayar kereta aku bocor ke? Harap-harap tidaklah kerana aku tidak sanggup untuk menukarnya malam-malam begini. Sudahlah perjalanan kami memakan masa kira-kira sejam untuk pulang ke rumah.

“kau tak dengar ke irama yang berbunyi ni?” Damia bertambah menakutkan aku. Nak kata aku pasang radio, belum lagi. Irama apa pula yang singgah di telinganya ni?

“tak dela.”

“aduhai kawanku, kau ni tak faham-faham lagi ke?” Dia membuat aku berfikir sejenak.

“oh! kau nak dengar radio ke? On je la. Tak perlu nak bermadah-madah pula,” balasku. Damia melepaskan keluhannya.

“kau ni kan Dian, dari dulu tak pernah nak faham kata-kata aku kan? Biar aku terus-terang je la macam tu. Irama yang berbunyi tu datang dari perut aku la. Bukan setakat drum, gitar pun berbunyi juga ni!”

“la..kau lapar ke? Lain kali kalau nak cakap, biarlah terang lagi bersuluh.” Damia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“habis tu, kau nak makan kat mana?” tanyaku meminta pendapatnya. Sebenarnya aku belum terasa lapar lagi kerana petang tadi aku sudah menjamah sekeping roti. Waktu itu aku sedang menunggu Damia yang masih belum keluar dari kelasnya.

“aku teringin nak makan tom yam la! kau tahu mana-mana tempat yang sedap kat sini tak?”

“amboi, makan nak sedap je!” Damia mencebikkan bibirnya.

“okla, aku tahu satu tempat ni. Aku pernah makan kat sana dengan Fikry dulu. macam-macam jenis tom yam dijual kat situ.”

“ok, aku ikut jer! Bila pula kau dengan Fik makan kat sana?”

“seminggu sebelum aku masuk asrama. Dia cakap dia nak belanja aku makan. So, aku ikut je.”

“korang naik apa? Bas?”

“kedai tu buka waktu malam je. takkanlah nak naik bas malam-malam tu! Seram aku!”

“habis tu?”

“abang Danny yang hantarkan. Kebetulan hari tu, dia nak jumpa kawan dia kat situ.”

“oh! tapi, kenapa korang pergi berdua je? ada apa-apa ke?”

“kau jangan nak buat spekulasi entah apa-apa tu pula ye! Aku pergi dengan dia sebab masa tu kau ada hal keluarga. Lupalah tu!” balasku menerangkan keadaan yang sebenar. Aku masih ingat. Waktu itu, aku sendiri yang menelefon Damia untuk mengajaknya keluar bersama aku dan Fik. Tapi, dia terpaksa pulang ke kampung kerana ada hal. Jadi, kami memutuskan untuk pergi berdua sahaja!

“oh ya! aku ingat! Masa tu ada emergency case! Aku kena balik kampung. Tu yang tak ambil pusing sangat apa kau cakap. Sorry ye!”

“tak pe la. Aku pun dah lupakan hal tu. Lagipun, benda dah lepas.”

“yela. Dian, aku nak tidur kejap. Nanti dah sampai, kejut aku,” Damia memberi arahan.

“amboi, suka hati jer! Kau ingat aku ni sape? Driver kau?”

“ala, sekali-sekala apa salahnya!” Damia ketawa dan terus menutupkan matanya.

“hish, dia ni! nasib baikla kau kawan aku Mia. Kalau tak dah lama aku cekik-cekik kau tau!” Damia tidak menjawab. Pasti dia sudah tidur. Keletihan agaknya. Aku meneruskan pemanduanku sambil melayan perasaan mendengarkan lagu-lagu jiwang yang berkumandang di radio.

*******

“Dian!” jeritan seseorang dari belakang menghentikan langkahku.

“laju betul kau berjalan! Penat aku kejar kau dari atas,” kata Damia yang termengah-mengah.

“ha, kau nak apa sampai sanggup kejar aku ni?”

“kau lupa ke? Hari ni kan kita nak pergi beli barang-barang untuk majlis hari lahir Fik? Tinggal beberapa hari je ni!”

“alamak! Aku lupa. Nasib baik kau ingatkan. Kalau tak aku dah balik dah.”

“yang kau ni tergesa-gesa sangat ni kenapa? Selalunya kau lepak kat kafe dulu?”

“sebenarnya, aku kena pergi ambil Dom kat syarikat abang aku tu. Abang aku balik malam hari ni. so, macammana?” tanyaku meminta cadangan.

“kalau macam tu, kita ajak dia sekali la!”

“ok, boleh je. Aku rasa dia pun tak kisah! Kita nak naik kereta siapa?” tanyaku membiarkan Damia membuat pilihan.

“kereta kau la! aku tak bawa kereta hari ni. Kereta ada masalah. Aku hantar bengkel pagi tadi.”

“oh, ok! jomlah!” Kami menuju ke tempat parkir kereta dan bergerak menuju ke D’Zire Fashion.

********

“ok! semua barang dah beli. Lega rasanya,” kata Damia setelah kami membuat bayaran untuk kesemua barangan di kaunter.

“banyak juga belanja untuk buat persiapan majlis hari lahir mamat tu ek?”

“biasala. Zaman sekarang mana ada yang murah! Nak masuk tandas pun kena bayar tau!” Damia seperti meluahkan rasa ketidakpuasan di hatinya. Aku hanya mampu tersenyum.

“so, lepas ni nak pergi mana?” tanyaku memandang Dom dan Mia.

“apa kata kita pergi beli hadiah pula?” Dom memberi cadangan.

“ok, mari!” Kami berjalan-jalan sambil memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada tuan empunya hari lahir. Sedang kami berjalan-jalan, aku ternampak sebuah kedai jam di situ. Aku mengajak mereka untuk melihat-lihat koleksi jam yang dijual.

“Dian, nak beli jam lagi ke? Bukan hari tu kau dah beli?” tanya Mia hairan dengan sikapku. Baru beberapa hari lepas aku membeli jam baru, takkan nak beli lagi?

“kata tadi nak cari hadiah untuk Fik? Aku nak beli jam untuk dia la ni,” balasku. Aku tertarik dengan jam berjenama Everlast itu. Aku tahu itu ialah jenama kesukaan Fik. Jadi, tanpa membuang masa aku meminta jam itu dibungkuskan. Selepas membuat bayaran, kami beredar ke kedai buku pula. Mia ingin membelikan sebuah buku untuknya. Sementara Damia memilih buku untuk dihadiahkan kepada Fikry, aku dan Dom meronda-ronda di dalam kedai buku itu. Dom yang sememangnya minat untuk membaca, membelek-belek buku yang mahu dijadikan tatapan untuknya. Aku mengambil kesempatan itu untuk membeli sebuah buku yang mahu aku hadiahkan kepadanya.

Tanpa aku sedari, ada mata yang sedang memandang ke arah aku dan Dom yang sedang bergurau senda sambil melihat buku-buku yang menarik perhatian kami. Apabila aku melihat ke arah gadis itu, dia melarikan pandangannya. Macam-macam perkara berlegar dalam otakku. Namun, aku mendiamkan diri sahaja. Sedang kami berjalan keluar dari kedai buku itu, perutku terasa lapar pula.

“jom, kita pergi makan nak tak?”

“idea yang bagus!” Dom bersetuju denganku. Namun, Mia diam tanpa memberi apa-apa respons.

“Mia?” aku dan Dom memanggilnya. Kemudian, barulah ada jawapan yang meniti di bibirnya.

“hmm..aku ikut jer!”

“kita nak makan kat mana Dom?”

“Pizza Hut? Saya dah lama tak makan pizza.”

“ok, tapi awak belanja!”

“boleh je.”

“no la. just kidding! Jomlah!” aku sekadar bergurau. Dari belakang Damia sakit hati melihat kemesraan teman baiknya dan jejaka yang telah mengganggu naluri kewanitaannya. Namun, Damia menyimpan perasaan itu dalam-dalam. Dia berlagak biasa. Seperti tiada apa yang mengguris perasaannya. Ketika makan, Damia cuba untuk mencuri perhatian Dom. Pelbagai soalan yang diutarakan dan berbagai-bagai topik yang menjadi bahan bualan.

“so don’t you have any girlfriend?” tanya Mia memeranjatkan aku kerana tidak terlintas di dalam fikiranku untuk bertanyakan soal peribadi Dom itu.

“no!” balas Dom sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“takkanlah jejaka sekacak awak tidak ada teman wanita?”

“mungkin saya tak cukup kacak kot!” Dom tergelak. Tawanya disambuat aku dan Mia.

“atau awak terlebih kacak?” Mia membalas selamba. Kami ketawa lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi.

“Dom, awak bukan sahaja kacak, bergaya malah kaya! Takkanlah tiada sesiapa yang meminati awak di sana?” tanyaku pula setelah tawa kami reda.

“memanglah ada. Tapi, tiada seorang pun yang memiliki ciri-ciri gadis yang saya mahukan.”

“awak sukakan gadis yang macammana?” tanya Mia lagi. Beria-ia benar dia mahu tahu.

“saya mahukan gadis yang periang, bersopan-santun dan memiliki ciri-ciri ketimuran,” terang Dom sambil memandang wajahku. Aku sekadar tersenyum dan mengalihkan pandangan ke arah Mia yang masih mahu meneruskan pertanyaannya.

“ciri-ciri ketimuran? Jadi, awak tidak suka pada gadis Barat?”

“bukan tak suka. Saya lebih menggemari gadis-gadis melayu seperti awak berdua.” Kulihat Mia tersipu-sipu malu. Kini, giliran aku pula bertanya.

“tapi, kenapa? Bukankah awak tinggal di negara yang penuh dengan gadis Barat?”

“saya hanya dilahirkan di Jerman. Tetapi, saya dibesarkan di Singapura. Di sanalah saya berkenalan dengan seorang gadis melayu yang merupakan teman baik saya di universiti dahulu. Namanya Annyyss Natalia. Dia bukan sahaja sedia untuk berkongsi hal peribadinya, malah, dia turut mengajar saya perihal Islam.”

“awak meminati gadis itu?”

“ya, memang saya ada menyimpan perasaan kepadanya.”

“jadi, kenapa tidak diluahkan kepada dia?” tanyaku lagi.

“kerana perbezaan agama.” Aku dan Mia mengangguk tanda faham.

“maaf, kalau saya bertanya. Awak tak mahu masuk Islam?” takut juga aku mahu menanyakan soal itu. Takut-takut aku menyinggung perasaannya.

“entahlah. Saya takut ibu bapa saya tidak boleh menerimanya.”

“Dom, hidup di dunia ini memang banyak ujian yang melanda kita. Tapi, kalau Tuhan mengkehendaki, setiap masalah pasti ada jawapannya. Bersabarlah,” balasku memberi dorongan pada Dom untuk terus mengejar cita-citanya.

“awak dan dia masih berkawan?” Mia mengajukan soalan yang membuatkan aku juga ingin tahu jawapannya.

“tidak. Selepas kami tamat belajar, dia berpindah ke New York untuk mengikut keluarganya di sana. Sejak itu, kami terputus hubungan. Saya tidak tahu apa-apa tentang dia.”

“awak masih menyimpan perasaan terhadapnya?” tanya Mia inginkan kepastian. Dom tersenyum. Tiada anggukan atau gelengan daripadanya yang membuatkan kami diburu tanda tanya. Adakah Dom masih mengharapkan Annyyss Natalia? Adakah Dom sudah lupakan dia? Adakah Dom sudah menjumpai gadis lain? Siapakah gadis itu? Semua soalan itu bakal terjawab satu hari nanti! Aku pasti Dom perlukan masa untuk menceritakan kisah peribadinya kepada kami, teman yang baru dikenalinya.

Friday, February 18, 2011

pesanan!!


*kalau korang dtg blog ni.. korang jangan lupa tekan right-click..akan munculnya mutiara kata utk hari tu.. aku akan biarkan mutiara kata tu utk satu minggu.. setiap malam sabtu..aku akan tukar.. so..kalau korang nak baca kata-kata yang menarik dan boleh menaikkan semangat tu.. insya Allah.. korang visitla blog aku setiap malam sabtu k.. aku dah mulakan minggu ni.. jadi aku akan update minggu depan la pulak k..

*kalau korang tertarik dgn iklan-iklan kat sidebar tu..korang klik je la ek.. iklan-iklannya best!! heha~~

*kalau korang ada masa lebih sikit..pi la dekat cbox aku utk tinggalkan jejak.. so that aku tahu la sape yg pi blog aku ni..

*kalau korang tak suka blog aku..then just tutp sbb aku tahu ada ramai lg yg punya blog yg lagi menarik.. hehe..

*kalau korang nak tanya apa-apa pun boleh tanya kat cbox aku tu.. sementara aku ada sekarang ni..mmg tiap2 hari aku berblogging..

*kalau korang nak add aku kat fb.. korang cari je nur farah anis kamarolzaman.. korang boleh follow aku kat twitter gak.. hehe..

baiklah itu shaja pesanan aku utk korg k.. thanx 4 looking/reading/visiting/supporting my blog, dear..

Wednesday, February 2, 2011

hantu minyak!!

ada seorang gadis menceritakan sesuatu padaku tempoh hari.. nak dipendekkan cerita..

masa dia dalam perjalanan ke suatu tempat hari tu.. time tu malam n dia tertidur.. masa

bapak dia tengah memandu..tiba-tiba je adik dia nangis.. masa tu diaorang tgh melalui satu

kawasan selekoh yang bahaya la jugak..
lepas tu terdengar la siren polis n bomba..

rupa2nya ada accident..

dia n adik2 dia duduk rapat2.. apabila dia melalui kawasan accident tu.. dia tengok tak de

sape yg cedera.
. pastu diaorg melalui satu selekoh lagi..

masa kat selekoh tu bapak dia nampak minyak atas jalan raya.. mungkin minyak yang

tertumph dari kereta yg accident atau bomba simbah minyak..


ada dua kereta n satu motor depan kereta diaorang.. tiba2 motor tu jatuh n

kereta belakang motor tu brek mengejut.. nasib baik bapak dia sempat mengelak dari

langgar
kereta depan diaorang..


macam nak gugur jantung!! penunggang motor yang jatuh bangun cepat2..

setelah semuanya ok..

mereka meneruskan perjalanan..

adik dia lagi kuat menangis.. mak dia apa lagi pujuk punya pujuk sampaila adik dia

tertidur..
bla dah sampai kat tempat yg dituju..adik dia tu bangun n meragam lagi..

kenapa ye adik dia macam tu?? sebelom ni ok je??? bla aku tanya dia.. dia kata

mungkin sebab
ada hantu minyak yang mengganggu adiknya.. betul ke?? setahu aku

hantu minyak tak wujud!!


takkanlah minyak yg tertumpah di jaln raya bertukar menjadi hantu????

tapi macammna???



apa pendapat korang???????





Sunday, January 30, 2011

sawah sempadan..

i juz wanna to tell u about my 'kampung' di sawah sempadan..

kesegaran pagi..

kehijauan sawah padi..

rumah usang moyangku..

atuk pergi sawah awal-awal pagi lagi..

mendungnya hari ini..

hujan tiba-tiba turun membasahi bumi..

burung-burung berterbangan di langit yang tinggi..

lagu-lagu yang ku dengar di radio berselang seli dgn bunyi hujan yg jatuh bercucuran..

menikmati makan malam di rumah wak mis..

pertama kali aku tgk anak buahku..

pertama kali juga aku jadi mak cik.. baru beberapa bulan.. nasib baik tak jadi nenek lagi!!

bunyi unggas malam dan katak yang bersuara mendendangkan melodi yg indah menyebabkan aku terlena..

sesi fotografi dengan nenek n atukku..

pulang ke rumah..cuaca hujan sepanjang perjalanan..

can u feel it????

whose lover ??

@“tut..tut..tut..tut..” aku menelefon sesorg guna hp adik aku Fareez.. Tak de org angkat..

@dapat satu mesej..saya tawar hati dengan awak..

@aduh apa nak jawab ni??

@aku tak jawab pun..aku call dia balik.. dia tak angkat..

@dia hantar mesej lagi.. saya tak boleh cakap dgn awak sekarang buat masa sekarang.. awak kan tak sayang kat saya lagi..

@aku balas..awak tahu ke siapa saya?

@siapa? tanyanya ingin tahu..

@Farah Anis..

@lepas tu aku call dia pakai num bpk aku pula..

@dia angkat call..

@tapi..aku tak cakap..aku suruh bapak aku yg cakap..

@berikut perbualannya..

Dia: siapa ni?

Ayah: ni *tut* ke??

Dia: siapa ni?

Ayah: saya tanya ni *tut* ke?

Dia: siapa ni?

Ayah: ini *tut* ke?

Dia: ya saya. Ni siapa?

Ayah: bapa mertua awak.. tak kenal ke??

Dia: ketawa

Ayah: kenapa ketawa? Kenal tak pak cik?

Dia: kenal.. ayah Fareez kan?

Ayah: apa hubungan *tut* dgn anak pak cik?

Dia: diam..

Ayah: *tut* kelas apa?

Dia: 4 alpha..

Ayah: pmr dapat berapa A?

Dia: 8..

Ayah: btul ke? Tak tipu pak cik?

Dia: btull..

Ayah: esok pak cik dtg jumpa *tut* kat sekolah.. boleh?

Dia: nape pulak?

Ayah: saja je.. nak jumpa bakal menantu..

Dia: tak payhla..

Ayah: *tut*.ni pak cik nak ckp..ayu baru umo 16thun kan? Spm pun tak lepas lagi.. jadi..tak phyla nk bcnta pula.. tunggu dah besar..dah kerja.. faham?

Dia: diam

Ayah: bgsla *tut* dapt 8A tu.. *tut* tahu fareez dapat berapa?

Dia: tak..

Ayah: nape *tut* tak tanya?

Dia: dah. Tapi dia tak beritahu. *tut* pun tak kisah sebab ayu terima dia seadanya.

Ayah: pak cik tak kisah kalau *tut* dgn dia nak berkawan. Tapi.. tunggulah dah dewasa nanti. Kalau ada jodoh tak ke mana kan?

Dia: diam

Ayah: pak cik faham perasaan org muda macam kamu berdua sbb pak cik dah alami semua tu dulu. tapi pak cik anggap semua tu main2 jer.. sampaila pak cik jumpa mak fareez masa kerja dulu.. jadi..pak cik rasa tak salah kalau kamu berdua focus pada pljrn dulu kan?

Dia: ye.. tapi.. kenapa *tut* pula jadi mangsa?

Ayah: mangsa apa?

Dia: yalah, pak cik macam marah kat saya je..

Ayah: pak cik tak marahla.. pak cik cuma nasihat je.. faham?

Dia: ye..

Ayah: tahu tak sape yg antar mesej guna num fareez tadi?

Dia: sape?

Ayah: farah anis.. kakak fareez.. tak kenal?

Dia: oo..

Ayah: okla..pak cik nak cakap tu je. *tut* piker la masak2.. pak cik minta maaf kalau pak cik ada menyinggung perasaan *tut* tadi..

Dia: ok.

@panggilan berakhir.. sebenarnya *tut* tu awek adik aku Fareez.. aku tak cakap.. tapi dia yg beritahu adik aku..Am..

@pastu adik aku si fareez pi jumpa kawan llki dia kat luar rumah.. tak thu la buat apa? Dia kata kawan dia tanya pasal add math.. tapi..lama sangat..berjam2.. tak tahu la kan?!

@masa dia masuk, dia macam baru lpas nangis.. mungkin tertekan kot..

@dahla dia gaduh dgn budak tu.. pastu aku n ayah aku berkomplot kenakan budak tu.. aku n ayah amik telefon dia malam tu.. jd..mungkin dia tertekan sbb tak dpt jelaskan perkara sebenar kat budak tu kot?!

@apapun aku masih sedang memikirkan cara nak pisahkan diaorg sebab aku tgk adik aku dah lain macam je.. fhm2 jela org bercnta.. Aduhai, cinta monyet yg memakan manusia.. monyet-monyet..nasib baikla kau kawan aku! kalau tak aku bunuh kau macam aku bunuh cacing kat sinki ari tu..