Friday, January 21, 2011

novel franky_francine

BAB 1

Betul kata orang tua-tua. Ajal maut ditangan Tuhan. Hari ini bermula satu kisah duka dalam hidupku. Selepas habis kelas petang tadi,aku menerima satu panggilan telefon. Aku diminta untuk ke hospital. Untuk apa? Aku sendiri tidak tahu. Namun yang pasti, itu petanda buruk. Aku yakin ada antara ahli keluargaku yang ditimpa kecelakaan. Tapi siapa? Papa atau mummy? Itu aku kurang pasti. Tak mungkin abang Danny kerana dia yang menelefonku tadi. Disebabkan sudah terlalu lama berteka-teki, aku terus menuju ke keretaku. Kereta itu adalah pemberian papaku pada hari lahirku tahun lepas. Kereta itulah yang sering aku bawa ke kampus atau bertemu rakan-rakan.

Sampai sahaja di hospital, aku terus memarkir keretaku di tempat parkir kereta. Kemudian aku segera ke lobi. Kata abangku tadi, dia akan menunggu aku di situ.

“Dian!”jerit seorang jejaka sambil melambaikan tangan ke arahku. Itulah abangku Danial. Kini, dia berumur 26 tahun. 5 tahun lebih tua dari aku. Dia masih belum berkahwin. Kenapa ye?? Lagipun, dia ada segalanya. Rupa, harta dan kerjaya. Mungkin tiada masa agaknya. Maklumlah, dia bakal mengambil alih tempat papaku sebagai CEO D’ZIRE FASHION.

“Abang! Kenapa ni?? Apa dah jadi??” tanyaku ingin tahu. Aku semakin diburu kegelisahan. Namun, tiada sebarang jawapan darinya. Malah, dia terus menarik tanganku memasuki lif.

Kami menuju ke satu bilik. Aku sempat melihat nama di luar bilik. DATUK ISMAIL BIN DAUD. Kenapa nama papaku yang tertera di luar bilik. Mungkinkah papaku yang menerima kecelakaan itu??

Di dalam bilik, aku lihat mummy sedang menangis di tepi katil. Sangkaanku tepat sekali. Papaku terbaring lesu di atas katil.

“Mummy.. apa dah jadi pada papa??”tanyaku keliru. Fikiranku bertambah bercelaru apabila mummyku tidak menjawab pertanyaanku. Malah, dia semakin kuat menangis. Aku sudah tidak tahan diselubungi 1001 pertanyaan. Semakin aku bertanya..semakin banyak pula persoalan yang bermain di mindaku.. Mana tidaknya..tiada sesiapa pun yang berjaya menjawab pertanyaanku. Macamlah soalanku soalan peperiksaan yang memerlukan pembacaan untuk menjawabnya!!

Aku mengalihkan pandangan ke arah abangku. Aku lihat air jernih mengalir di pipinya.

“Dian..Dian sabar ye. Mungkin ini ujian untuk kita sekeluarga. Papa kemalangan sewaktu balik dari mesyuarat. Kereta yang dipandu papa hilang kawalan. Sampai sekarang, polis masih meneruskan siasatan. Polis kata mungkin ini adalah kes cubaan membunuh,”terang abangku panjang lebar.

“Apa?? Kes pembunuhan?? Tapi siapa yang nak aniaya papa?? Apa salah papa?? Papa ada musuh ke bang??” tanyaku bertalu-talu.

“Entahlah.. Abang sendiri kurang pasti.”

“Mummy..kenapa mummy diam dari tadi?? Mummy..betul ke papa ada musuh??”aku mengalihkan pandangan ke arah mummyku yang dari tadi hanya menangis tak henti-henti. Aku menjadi sebak melihat mummyku seperti itu.

“Dahlah tu Dian. Mummy masih terkejut. Sebab 5 minit sebelum papa accident.. mummy bercakap dengan papa di telefon. Tapi,siapa sangka perkara begini pula yang terjadi.”

Aku mengangguk tanda mengerti. Aku memeluk erat tubuh papaku. Titisan air mata mengalir deras di pipiku.

BAB 2

“Bang,ni Dian buatkan kopi untuk abang,” kataku sambil menghulurkan secawan air untuk abangku yang sedang tekun menyiapkan kerjanya.

“Thanks, Dian..”

“Abang, kenapa sejak kebelakangan ni Dian tengok abang selalu balik lambat and mesti tidur lewat??”

“Banyak kerja yang perlu abang siapkan,”jawab abangku seraya tersenyum.

“Kenapa Dian tanya??”tanyanya pula. Aku sekadar tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Abang..emm..nothing! Juz nak cakap good night!!”aku tidak jadi meneruskan kata-kata. Biarlah ia terus menjadi rahsia..

Keesokan pagi..

Seusai menunaikan solat subuh, aku ke dapur. Aku lihat mummyku sudah bersiap seperti ingin ke satu tempat. Tapi..ke mana?? Aku sendiri tidak tahu. Aku diburu tanda tanya.

“Selamat pagi Mak Mah!!” ucapku kepada seorang wanita tua yang umurnya sudah menjangkau usia 50 an. Mak Mah atau nama sebenarya Limah ialah pembantu rumahku yang sangat setia bekerja bersama keluargaku sejak arwah mamaku masih ada. Mama meninggal dunia akibat satu tragedi yang berlaku di ibu kota Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Sewaktu itu, aku masih kecil lagi. Umurku baru menjangkau 2 tahun dan aku baru ingin mengenali dunia yang penuh cabaran ini. Memang sukar untuk menerima kenyataan terutama bagi papa dan abang Danny. Sejak itu, papa sentiasa sibuk dengan kerja. Abang Dannylah tempat aku mengadu. Abang Dannylah yang sentiasa membantu aku untuk menyelesaikan masalah. Sehinggalah suatu hari Abang Danny terpaksa ke luar negara kerana mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke sana. Pada mulanya aku sentiasa murung dan bersedih kerana aku kehilangan seorang lagi orang yang aku sayang walaupun untuk sementara. Nasib baik ada Mak Mah. Dialah yang mengajar aku erti hidup di dunia. Papa yang sedikit demi sedikit telah belajar untuk melupakan tragedi yang menimpa mama mula meluangkan masa dengan aku. Aku tidak pernah menyalahkan papa atas sikapnya yang dingin terhadap aku dan abang Danny. Aku mengerti.

Selepas abang Danny menghabiskan pelajarannya di Australia, dia pulang ke rumah kami, Teratak Bayu.

********

Pada suatu hari selepas kami habis membersihkan halaman rumah, kami berehat sebentar di gazebo yang terletak di tepi kolam ikan.

“pa..boleh Danny tanya sesuatu?” abangku memandang ke arah papa.

“apa dia? Kalau papa boleh jawab papa jawab,”

“apa hubungan papa dengan auntie Aisyah?”

Papa seperti kaget mendengar pertanyaan abangku. Aku pula memandang papaku dengan perasaan ingin tahu. Mana tidaknya aku seringkali melihat papa keluar dengan auntie Aisyah. Namun aku mendiamkan diri sahaja dan tak berani untuk bertanya apa-apa.

“pa..takpela kalau papa tak nak jawab. Danny tak paksa,” abangku mengangkat punggung dan mahu beredar dari situ.

“sebenarnya dah lama papa simpan perkara ini daripada pengetahuan kamu berdua. Kalau papa beritahu kamu, papa harap kamu boleh terima,”

“apa dia pa??” tanyaku ingin tahu. Abang Danny yang mahu beredar kembali ke tempat duduknya.

“papa bercadang mahu bernikah dengan auntie Aisyah bulan depan,”

“apa???” jawab kami serentak.

“papa tahu kamu pasti terkejut. Tapi tak bererti papa dah lupakan mama kamu..” terang papaku.

Aku lihat abang Danny terdiam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.

“pa..papa dah fikir masak-masak?” tanyaku inginkan kepastian. Manala tahu papaku hanya bercanda. Tapi orang kata perkara macam ni tak boleh dibuat main-main.

“ya Dian.. papa serius dengan kata-kata papa,”

Kulihat Abang Danny yang terkedu selepas mendengar penyataan papaku terus bangkit dan berlalu masuk ke dalam rumah. Kemudian dia keluar dan memecut laju kereta Hyundainya yang berwarna silver itu.

*****

“Dian..mari turun makan,” ajak Mak Mah

“sekejap ye Mak Mah..Dian nak lipat telekung ni dulu,” balasku sambil tersenyum. Mak Mah menutup pintu bilikku dan berlalu pergi. Selepas habis melipat telekung yang digunakan aku terus turun.

“papa.. maaf lambat sikit..baru habis solat,” kataku sambil menarik kerusi untuk duduk. Kulihat papa sekadar tersenyum memandangku. Namun, jelas terpapar wajahnya yang sedang kerisauan. Pasti abang Danny tak balik lagi.

“Mak Mah..Danny dah balik?” tanya papa kepada Mak Mah yang sedang mencedokkan nasi ke pinggan kami. Soalan papa telah membuktikan sangkaanku tepat.

“belum lagi. Lepas dia keluar petang tadi terus tak nampak batang hidung dia,”

“mana pulak Danny pergi ni. Kalau saya tahulah jadi macam ni, saya takkan cakap tentang perkara tu,”

“ala, papa jangan risau. Dian yakin kejap lagi abang balik la tu. Mak Mah jom makan sama. Pak Mat mana?” kataku menenangkan papa seraya mengajak Mah Mah dan Pak Mat untuk makan malam bersama.

“ada kat dapur. Dian makan dengan papa dulu ye. Mak Mah nak panggil Pak Mat kamu ni,”jawab Mak Mah sambil berlalu ke dapur mencari suaminya Pak Mat yang merupakan pemandu setia papaku.

Selepas habis mengemas meja makan, aku berlalu ke ruang tamu bersama papaku untuk menonton berita pula.

******

Seusai menunaikan solat Isyak, aku terdengar suara papa memanggilku. Aku turun..

“ada apa pa?” tanyaku hairan.

“dah jam 10 ni. Abang kamu tak balik-balik lagi. Kamu tahu dia ke mana? Papa risaula. Mana tahu jadi apa-apa pada dia,”

“papa..papa janganla risau. Dian rasa Dian tahu abang kat mana. Papa, izinkan Dian keluar ye?”

“Dian nak pergi mana pulak?”

“Dian nak pergi cari abangla ni. Dian pergi dulu!” balasku sambil mengambil kunci kereta dan telefon bimbitku.

“baiklah..tapi jangan pulang lewat ye,” papa mengingatkan sambil aku menyalaminya.

BAB 3

Sedang aku memandu mencari abang Danny, telefonku lincah mendail nombornya. Namun, jawapannya menghampakan. Abang Danny tidak menjawab panggilanku. Lalu aku memecut laju kereta menaiki bukit yang curam itu.

“jauh termenung?? Teringatkan sape??” pertanyaanku mengejutkan abang Danny.

“mana Dian tahu abang kat sini??”

“abang Danny kan abang Dian!”jawabku dengan nada selamba.

“abang Danny merajuk dengan papa ke?” tanyaku memecah kesunyian malam.

“takdela” jawabnya ringkas.

Sedang kami menikmati bayu malam, telefonku berdering. Tertera nama PAPA di skrin. Aku teragak-agak untuk menjawabnya.

“ jawab jela nanti papa risau pulak,” arah abangku.

“hello,papa! Ada apa?”

“ macammana? Kamu dah jumpa abang Danny?” tanya papa risau. Aku memandang abang Danny. Tidak tahu mahu dijawab apa pada papa.

“pa, Dian tak jumpa abang lagila. Mungkin dia ke rumah kawan dia kot. Papa janganlah risau. Nanti kalau Dian dah jumpa abang, Dian call papa k,” jawabku spontan. Entah mengapa mulutku begitu lancang membohongi papaku. Setelah itu aku menutup talian.

“kenapa tak beritahu papa, Dian dah jumpa abang?” tanya abang Danny hairan.

“mungkin..abang perlu masa untuk bersendirian!” jawabku. Suasana hening kembali. Tiba-tiba terdengar satu keluhan yang berat keluar dari mulut abang Danny. Raut wajahnya menggambarkan kekeliruan. Lantas, aku ke kereta dan menghidupkan enjin keretaku.

“Dian nak pergi mana?”

“Dian nak balik. Kalau Abang Danny nak duduk sini sampai pagi, Dian tak kisah. But, trust me! Tiada perselisihan yang dapat diselesaikan tanpa perbincangan,” jawabku lalu memasuki kereta dan memandu turun dari bukit yang membahayakan itu. Di atas bukit yang curam inilah tempat abang Danny melepaskan semua yang terbuku di dadanya. Kadang-kadang aku akan mengikutinya ke sini untuk mendengar luahannya. Dan ituku lakukan tanpa pengetahuannya. Dia tidak mahu aku tahu isi hatinya. Tapi, aku mengekorinya dalam diam. Itulah aku Diana binti Ismail! Bukan menyibuk tapi mengambil berat. Lagipun, abang Dannylah satu-satunya abang yang aku ada. Kalau aku tidak mengambil tahu akan dirinya, siapa lagi? Kulihat kereta abang Danny mengikutiku dari belakang. Aku tersenyum. Namun senyuman itu belum cukup memuaskan aku selagi masalah ini belum selesai.

Setibanya kami di rumah, abang Danny terus masuk dan menuju ke biliknya tanpa menghiraukan sapaan papa.

“Dian, abang Danny macammane? Dia ada beritahu kamu apa-apa?” tanya papa ingin tahu. Aku sekadar menjungkit bahu dan meminta papa bersabar. Mungkin abang Danny perlukan masa untuk bersendirian.

********

“Dian, teringatkan apa tu? Puas Mak Mah panggil dari dapur, tapi, Dian tak menyahut pun,” tegur Mak Mah.

“tak de apala Mak Mah. Dian teringatkan arwah papa jer,”

“Mak Mah tahu bukan senang nak lupakan bapa sebaik papa kamu tu. Dia sanggup mengorbankan diri demi keluarga.”

“Apa maksud Mak Mah?” tanyaku hairan. Papa mengorbankan diri untuk kami???

“mm..tak de papelah. Abang Danny mana? Tak makan sekali?” tanya Mak Mah mengalihkan tajuk perbualan. Belum sempat aku menjawab, abang Danny turun dari tangga.

“pagi Dian! Kenapa pagi-pagi lagi dah berkerut dahi tu? Mummy mana?” tanya abang Danny seraya melabuhkan punggungnya. Aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Aku keliru. Pelbagai persoalan bermain di benakku. Mummy yang menghilang di awal pagi tanpa kutahu arah tujunya. Kata-kata Mak Mah yang merunsingkan fikiranku. Apa yang aku tahu, aku mahu segera menghabiskan sarapanku dan menuju ke kampus. Mungkin bertemu dengan Damia boleh membuatkan aku lebih tenang!

Kereta mazda RX-8 pemberian arwah papa yang menjadi kereta kesayanganku, aku pandu laju menuju ke kampus. Setelah memarkir kereta, aku menelefon Damia.

“hello,Mia! Kau kat mana?” tanyaku inginkan kepastian.

“on the way! Kau dah sampai kat kafe ke? Kau tunggu jap ye. Jap lagi aku sampai!”

“ok!” aku keluar dari kereta dan menuju ke kafeteria, tempatku selalu bertemu Damia,teman baikku setelah habis kelas. Aku lihat ada seseorang yang duduk di suatu penjuru. Orang itu menarik perhatianku.

“hey, Fikry! Apa kau buat kat sini?” sergahku kepada salah seorang temanku di kampus ini. Sebenarnya dia juga merupakan teman baikku selain Damia. Cuma kami tidak serapat di sekolah menengah dahulu apabila sudah memasuki universiti. Kami terpisah semasa aku memasuki sekolah berasrama penuh kerana mendapat tawaran ke sana. Siapa sangka kami dipertemukan semula di kampus yang sama mengambil A-Level sebagai persediaan ke luar negara? Namun kami di dalam jurusan yang berbeza. Aku mengambil jurusan perakaunan, Damia dalam bidang guaman dan Fikry mengambil jurusan kulinari. Semoga kami dapat mencapai cita-cita kami untuk berjaya dalam bidang pilihan kami!

“mestilah minum. Takkan berenang pula! Damia mana? Selalunya berkepit jer? Aku nak jumpa dia pun tak boleh!”

“aku tengah tunggu diala ni. Kalau kau nak jumpa dia, jumpalah. Aku tak larang pun. Kecohlah kau ni!”

“hey, guys! sorry lambat. Traffic jam!” Damia tiba dan terus duduk di sampingku.

“hey, Fik! Lama tak jumpa. Dian, kau tak cakap pun dia ada sekali?”

“aku pun baru jer terserempak dengan diala ni.”

“asal ko ni masam jer? Korang gaduh lagi ke? Korang ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berubahkan? Kalau jumpa tak pernah nak berbaik, mesti bergaduh!”

“mana ada?!” jawab kami serentak. Kami saling berpandangan. Damia tersenyum.

“dahlah.. jom!” aku menarik tangan Damia dan keluar dari kafe.

“weh,chilla! Aku main-main jer. Asal tarik aku keluar ni? Nak pergi mana?”

“Cepat masuk kereta aku! aku nak bawak kau ke satu tempat. Ikut je dan jangan banyak tanya ok?!” arahku. Damia sekadar menurut tanpa banyak soal lagi. Takut melihat wajahku yang serius barangkali!

Sepanjang perjalanan, kami tidak berbual seperti biasa. Mataku tertumpu pada pemanduan. Fikiranku cuba mengingatkan kembali jalan menuju ke tempat yang telah sekian lama tidakku tuju. Raut wajah Damia kulihat pelik apabila melihat aku begitu fokus! Nasib baik kami tidak ada kelas hari ni. Jadi, mudahlah untuk kami ke sana bersama.

BAB 4

“dah sampai dah! Jom!” aku mengajak Damia keluar.

“wei,rumah sape ni?” tanyanya keliru. Aku tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun tentang penghuni rumah ini termasuklah Abang Danny. Penghuni rumah yang telah lama tidak ku temui. Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah sehari sebelum abang Danny pulang ke Malaysia selepas menghabiskan pengajiannya di London. Walaupun papa mengenalinya, namun, papa tidak pernah ke mari untuk menemuinya. Barangkali, papa fikir dia sudah pergi bersama-sama arwah mama bertemu dengan Ilahi.

Aku memberi salam. Namun, tiada sesiapa yang menyahut.

“Dian, rumah ni macam tak de orang jer. Jangan-jangan orangnya keluar tak?” kata Damia setelah sepuluh minit kami menunggu.

“takkanlah, dia tak pernah keluar ke mana-mana. Lagipun ni kawasan hutan. Kalau dia nak keluar, boleh pergi mana jer?”

“tahu pun kau ni kawasan hutan. Dahlah, jom balik!” ajak Damia yang kulihat kehulur kehilir sahaja dari tadi. Mungkin dia fikir kawasan ini bahaya dan tidak mungkin ada orang yang mahu tinggal di sini. Di pinggir hutan yang tiada sesiapa! Pasti seram bukan?!

“wei, jom pergi belakang sana! Mungkin orangnya ada kat kebun belakang rumah ni,” aku mengajaknya lalu berjalan ke arah belakang rumah.

“hish..dia ni! Aku ajak dia balik, dia suruh aku pergi belakang sana pulak!” rungutnya sendirian.

“Dian, tunggulah aku!” katanya lantas mengikutku dari belakang.

“Dian, kebun apa kat belakang ni? Banyak semak jer aku tengok?!” katanya. Malas hendak kulayan kerenahnya. Macam-macam!

“Dian..” seseorang memanggil namaku. Kami menoleh ke belakang. Damia terkejut melihat wanita tua itu. Dia terkedu dan tidak dapat berkata apa-apa. Aku terus memeluk wanita itu. Rinduku padanya terubat setelah melihat wajahnya yang sudah lama tidak kutatap.

“mak cik, ni kawan baik Dian. Damia namanya,” aku memperkenalkan Damia. Damia lantas menghulurkan tangan dan bersalaman dengan mak cik Medina.

“oh, jadi inilah kawan yang selalu Dian cerita pada mak cik dulu. Manis orangnya. Mak cik ni kawan baik arwah mama Dian,” mak cik Medina memperkenalkan dirinya. Mungkin kini sudah terjawablah sedikit persoalan yang bersarang di fikiran Damia.

“jomlah masuk. Dian ajak kawan tu masuk.”

“baiklah mak cik. Jom Mia!” aku mengambil tangan Damia dan membawanya masuk ke dalam rumah. Aku hanya tersenyum. Kelakar juga apabila melihatkan wajahnya terpinga-pinga memandangku.

“Dian, Mia jemputlah minum. Rumah mak cik ni tiada apa untuk menjamu kamu berdua. Hanya ada air masak dan buah-buahan sahaja.”

“tak pe, Dian dah biasa,” kataku yang sudah masak dengan keadaan di sini. Inikan kawasan hutan. Jadi, sukarlah untuk mendapatkan makanan yang enak-enak. Lagipun, mak cik Medina tinggal seorang sahaja di sini. Makanan yang sedikit sudah cukup baginya. Ulam-ulaman juga cukup untuk membuka seleranya.

“mak cik, duduk sini dengan siapa? Suami dan anak mak cik ke mana?” tanya Damia ingin tahu.

“seorang sahaja. Mak cik tak kahwin lagi. Jadi, tentulah mak cik tiada anak,” jawab mak cik Medina sambil menguntumkan senyuman.

“kenapa mak cik duduk di hutan ini seorang diri? Mak cik tiada saudara mara?” Damia bertanya lagi. Barangkali kerana penat untuk berteka-teki, dia mengemukakan soalan yang bertalu-talu. Suasana sunyi seketika. Terdengar satu keluhan berat keluar dari mulut mak cik Medina. Dia berdiri dan menuju ke jendela. Aku yang sedang menikmati buah-buahan segar itu terhenti melihatkan perlakuan wanita itu.

“aku salah tanya ke?” bisik Damia. Aku memandangnya dan tidak mengendahkan persoalannya.

“dahulu, mak cik ada segala-galanya. Mak, ayah, abang dan teman. Emak mak cik jatuh sakit setelah mendengar kematian mak cik. Dian pasti pernah menceritakan tentang tragedi yang menimpa arwah mamanya kan? Mak cik ada bersama arwah ketika itu. Kami dalam perjalanan untuk melawat butik kami di ibu kota. Mayat mak cik tidak dijumpai. Jadi, orang ramai fikir mak cik telah rentung dan hangus terbakar bersama kereta yang dibawa arwah. Tapi sebenarnya, mak cik telah lari ke dalam hutan berdekatan dan dijumpai seorang lelaki tua. Tok Daud namanya. Dialah yang membantu menyembuhkan mak cik. Seminggu selepas itu, dia meninggal. Tiada sesiapa pun yang tahu akan kondisi mak cik termasuklah ahli keluarga mak cik. Emak mak cik tidak mahu menjamah apa-apa selama seminggu. Suatu hari, dia pengsan dan meninggal keesokan harinya. Beberapa bulan kemudian, bapa mak cik pula pergi mengikut emak mak cik selepas terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Abang mak cik pula telah terbunuh bersama isterinya ketika dia cuba untuk menyelamatkan isterinya yang diculik. Arwah mama Dian dengan mak cik dah macam adik-beradik. Kami sangat rapat. Kami berkongsi pelbagai rahsia bersama. Kami banyak menghabiskan masa bersama. Kami bina suatu impian dan berjanji untuk merealisasikannya bersama. Tapi ada orang telah merampas segalanya dari mak cik. Sebab itu juga mak cik terpaksa menetap di sini,”

“tapi kenapa kat sini? Mak cik boleh jer berhijrah ke tempat lain yang lebih jauh,” Damia bertanya lagi.

“sebab tiada sesiapa tahu tempat ini wujud. Jadi, mak cik boleh tinggal dengan aman di sini. Lagipun, masih ada perkara yang belum diselesaikan,” jawab mak cik Medina sambil memandang ke arahku dengan penuh makna. Aku faham akan pandangannya yang begitu mengharapkan bantuanku.

“Damia ada perkara yang perlu kau tahu memandangkan kau kawan baik aku. Tapi, nanti jelah aku ceritakan. Sekarang ni ada benda aku nak beritahu pada mak cik,” kataku segera memintas Damia yang mahu mengemukakan lagi soalan pada mak cik Medina. Mak cik Medina memandangku dengan pandangan yang tidak sabar untuk mengetahui berita yang bakal aku sampaikan.

“mak cik, pertama sekali Dian nak beritahu yang papa tak dapat diselamatkan. Dian minta maaf sebab tak dapat beritahu mak cik akan pemergian papa. Kami sibuk menguruskan jenazah papa and buat tahlil untuk arwah,” aku beritahu dengan nada yang sayu. Aku teringat ketika hari pengebumian papa. Agenda pada hari itu sama keadaannya seperti yang pernah kulihat semasa aku kecil dulu. Aku mematikan lamunanku. Kulihat mak cik Medina agak terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu mengucapkan takziah padaku berikutan pemergian papa. Aku meneruskan kata-kataku.

“keduanya, Dian nak beritahu mak cik yang sikap mummy agak pelik selepas papa meninggal. Awal-awal pagi lagi dia sudah keluar. Tapi, Dian tak tahu pulak dia ke mana.”

“kenapa Dian tak ikut mummy?”

“Dian tak de peluang untuk ikut mummy. Sekarang ni kelas Dian start awal,” jawabku. Memang sejak kebelakangan ni pensyarah di kampusku selalu membuat kelas pagi. Aku juga bertambah sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu disiapkan. Mak cik Medina angguk tanda mengerti keadaanku.

“sebab tu jugaklah Dian bawa Damia untuk beritahu dia tentang perkara ni. Dian rasa hanya dialah yang dapat bantu kita mak cik. Lagipun, arwah papa telah mewasiatkan syarikatnya pada abang Danny. Sejak kebelakangan ni, abang Danny sedang sibuk menguruskan syarikat peninggalan arwah. Jadi, Dian rasa serba salah untuk melibatkan abang Danny dalam hal ni. Dian rasa lebih baik kalau abang tak tahu. Mak cik rasa macam mana?” tanyaku meminta pendapat.

“mak cik bersetuju dengan tindakan Dian. Mak cik rasa Dian tak perlulah menceritakan rahsia kita pada abang Danny. Tapi..”

“tapi apa mak cik?” sambungku ingin tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu. Mak cik Medina memandang Damia. Dia yang dari tadi hanya menjadi pemerhati dan mendengar perbualan kami tersentak. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Aku juga masih tidak mengerti maksud mak cik Medina itu.

“Damia sudi ke membantu kami?” tanya mak cik Medina kepada Damia.

“saya tak kisah. Kalau ada apa-apa yang saya boleh tolong, saya tolong,” jawabnya seraya tersenyum. Aku melepaskan nafas kelegaan. Akhirnya, dia mahu membantu kami tanpa banyak persoalan.

“kalau macam tu, mak cik rasa Dian kena cerita semuanya pada Damia, boleh?”

“ok! No problem!” jawabku sambil tersenyum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu..

“oh ya! Dian terlupa nak beritahu mak cik tentang kata-kata Mak Mah pagi tadi. Dia kata arwah papa sanggup mengorbankan diri demi kami sekeluarga. Dian rasa ada sesuatu yang Mak Mah tahu. Tapi, dia tak beritahu kami.”

Mak cik Medina terhenti dan seperti sedang memikirkan sesuatu. Mungkin dia sedang memikirkan satu rancangan baru!

“Dian, bila lagi kamu akan ke mari?” tanya mak cik Medina seperti inginkan kepastian.

“Dian tak pastilah mak cik. Kenapa?”

“Dian kena beri mak cik masa untuk memikirkan rancangan baru. Sementara ni, mak cik mahu Dian cuba untuk mengekori mummy and perhatikan setiap gerak geri mummy. Mak cik tak boleh nak buat kesimpulan tentang mummy sebab mak cik tak kenal sangat dengan mummy kamu. Mak cik hanya pernah sekali saja melihat wajahnya. Itupun berpuluh tahun dahulu.”

“jadi, Dian kena datang lagi ke sini untuk bertemu mak cik la kan? Kalau tak macam mana mak cik nak beritahu Dian tentang rancangan mak cik,” kataku membuat kesimpulan.

“memandangkan Damia juga adalah salah seorang dari kita sekarang, mak cik rasa dia juga patut tahu hal ni. Jadi, dia mesti datang bersama kamu untuk mengetahui rancangan kita seterusnya.”

“boleh jer. Dian tak kisah. Kau macam mana Mia?”

“aku ikut jer.”

Akhirnya setelah berbincang, kami mencapai kata sepakat! Jam telah menunjukkan pukul 2 petang. Kami terpaksa mengundurkan diri untuk pulang. Aku perlu balik ke kampus untuk menghantar Damia memandangkan keretanya ada di sana.

“kenapa diam?” tanyaku pelik apabila Damia langsung tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“tak dela. Aku cuma teringatkan cerita mak cik Medina. Dia seorang yang tabah kan?” balas Damia kagum dengan personaliti mak cik Medina.

“cerita yang kau dengar tu baru sikit jer. Kau belum dengar cerita lain lagi!”

“apa sambungannya? Cepatlah cerita!”

“ok aku nak tanya kau dulu ni. Apa perasaan kau kalau kau tak dapat menghadiri pengebumian orang yang kau sayang?”

“mestila sedih!”

“tau pun! Bayangkan betapa pilunya hati mak cik Medina apabila dia bukan sahaja tak dapat menghadiri pengebumian ibu bapa dia, abang dia dan arwah mama aku. Tapi, dia juga tak dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir. Apatah lagi nak mengucup dahi mereka.” kataku sayu. Aku masih ingat semasa dia memberitahuku hal itu. Kelihatan raut wajahnya sedih mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Tapi, dia tahu itu sudah menjadi ketentuan Yang Maha Esa untuknya. Dia redha.

“biar betul? Kesian dia!” Damia menyatakan rasa simpatinya. Aku tahu sesiapa sahaja yang mendengar kisah ini pasti akan turut merasa pilu di hati kecuali orang yang tak berperikemanusiaan. Sanggup membunuh seseorang tanpa ada belas kasihan!

“aku nak tanyala. Kenapa mak cik Medina minta tolong kau ha? Kenapa tak abang Danny? Diakan lagi tua dan matang? Mana tahu dia boleh upah penyiasat untuk siasat tentang hal ni?” tanya Damia hairan.

“entahlah aku pun tak tahu. Mak cik kata suatu hari nanti aku akan tahu sebabnya. Jadi, takkan aku nak desak dia beritahu aku kan?”

“Tapi peliklah! Apasal nak berahsia pula?” Damia bertanya. Aku sekadar menjungkit bahu.

“bila kali pertama kau jumpa mak cik Medina ha?”

“masa sekolah rendah. Waktu tu aku baru berumur 12 tahun. Kebetulan hari tu, Pak Mat tak dapat jemput aku. Jadi, aku kenala jalan kaki. Keluar je dari perkarangan sekolah, telefon bimbit aku berdering.”

“kau bawa telefon ke sekolah? Tu kan..”

“benda terlarang! Aku tahula. Tapi, satu hari tu je aku bawa sebab papa aku suruh. Papa aku kata kalau ada apa-apa jadi senangla nanti. Lagipun, hari tu kali pertama aku balik seorang diri,” aku segera memintas kata-kata Damia. Aku sudah mengagak yang dia akan terkejut dan mahu memarahiku. Maklumlah, dia pengawas dulu. Jadi, mestila kena ikut peraturan!

“ok, boleh dimaafkan! Lepas tu apa berlaku?”

“aku ingat papa aku yang telefon. Tapi, nombor yang tertera di skrin ialah nombor orang lain. Aku pun jawab je la. Aku dengar suara pemanggil tu perempuan. Dia beritahu aku nama dia mak cik Medina. Dia kawan baik arwah mama aku. Aku terkejutla sebab aku rasa aku pernah dengar abang Danny sebut nama dia. Abang Danny kata dia dah meninggal sama-sama dengan arwah mama aku dulu. Tapi, mayat dia tak dijumpai. Lagilah aku tak percaya. Dia kata kalau aku tak percaya, dia boleh datang jumpa aku di taman berdekatan sekolah sekarang. Untuk kepastian, aku pun pergila sana. Tapi, aku menyorok dulu. Aku nak tengok betul ke ada wanita yang berbaju kurung biru yang sedang menunggu seperti yang diperkatakannya.”

“macam mana? Ada ke dia?”

“mestila ada! Kalau tak macammana aku boleh berhubung dengan dia sampai sekarang. Tapi masalahnya ada 2 orang pakai baju kurang warna biru masa tu. Tapi, dia ada kata juga dia pakai selendang hitam. So, aku pun beranikan diri pergi menghampiri salah seorang wanita tu. Wajah dia macam pernah aku tengok!”

“kau pernah jumpa dia ke dulu?”

“tak tahula. Dulu kan aku kecil lagi, mana ingat!”

“kau percayala dia tu mak cik Medina?”

“50 peratus!”

“habis tu, apa yang membuatkan kau mempercayai dia sampai sekarang?”

“gambar dia dan arwah mama aku ketika zaman sekolah. Aku pernah nampak gambar tu dalam buku catatan arwah mama. Jadi, kepercayaan aku pada dia meningkat kepada 70 peratus.”

“lagi 30 peratus?”
“seminggu lepas tu kami bertemu semula. Dia kata sudah sampai masanya aku tahu sesuatu. Dia menceritakan pada aku kejadian yang berlaku sebelum kemalangan sehinggalah hari dia membuat keputusan untuk menemuiku. Dia juga ada menunjukkan rantai yang berloketkan sebutir mutiara yang sedang aku pakai sekarang ni.”

“bukan ke ni arwah mama kau punya?”

“ya! kan aku pernah cerita pasal loket ni?”

“oh ya! Aku ingat. Kau cakap papa kau yang bagi sebab arwah mama kau wasiatkan pada kau kalau ada sesuatu menimpa dirinya kan?” Damia menjelaskan. Ternyata dia masih ingat akan perkara itu. Aku mengangguk dan mengeyakan kata-katanya.

“asalnya, ada 2 buah mutiara yang tercantum. Arwah mama aku menjumpainya di sebuah pulau semasa dia melancong ke sana bersama mak cik Medina. Oleh sebab mereka tertarik dengan bentuknya, mereka membawanya pulang. Dalam perjalanan pulang, mutiara itu terjatuh dan patah. Jadi, mereka masing-masing mengambil sebutir mutiara dan menjadikannya bukti persahabatan mereka berdua.”

“wah, bestnya!” Damia teruja. Kini, aku yang memiliki mutiara itu. Mutiara yang penuh makna itu akan ku simpan dan ku jaga seperti nyawa ku sendiri. Di sebalik mutiara itu terdapat sebuah memori. Bukan sahaja sebagai lambang persahabatan tetapi juga sebagai ingatan aku pada mama!

BAB 5

“woi, jauh menung! Fikir sape? Buah hati?” tegur Fikri.

“kalau ye kanapa? Ada masalah?!” Damia yang terkejut meninggikan suara.

“amboi, garangnya! Relax la!”

“dah kau tak bagi salam sape suruh?! Main terjah je!”

“ok..ok sorry la. Anyway, kau fikir apa sampai aku datang pun tak perasan. Betul ke kau fikir buah hati?” Fikri bertanya dengan nada curiga.

“asal? Orang macam aku tak layak ke berbuah hati?”

“tak delah. Tanyanya jer. Selama aku kawan dengan kau, tak pernah pulak aku tengok kau berkepit dengan lelaki lain. Asyik habiskan masa dengan si Diana tu jer. Aku pun kau lupa. Ke kau dengan dia ada apa-apa?”

“ada apa-apa apa?! Kau jangan nak serkap jarang pulak. Kitaorang kan memang rapat sejak sekolah lagi yang kau tetiba nak persoalkan ni kenapa? Ada masalah? Bukannya aku tak nak luangkan masa dengan kau atau ketepikan kau. Aku still ingat la kawan-kawan aku. Lagi satu, kalau aku ada buah hati sekalipun, aku takkan la nak berkepit 24 jam dengan jejaka bertuah tu.”

“bertuah?” balas Fikri sambil ketawa. Apa yang lawaknya pun tak tahulah?

“nape ketawa?” Damia kehairanan.

“takdelah. Memang bertuahlah sape yang dapat kau tu! Kau pun pandai masak. Berasap jugakla dapur kau tu nanti. Kalau Dian? Habislah..kena makan nasi bungkus jerla hari-hari,” balas Fikri yang sudah masak dengan sikap kedua-dua sahabat perempuannya itu.

“kau ni mulut memang tak de insurans la. Mana tak si Dian tu naik angin dengan kau!”

“apa pulak?! Dia tu yang pemarah. Sikit-sikit nak marah. Ada jer yang tak kena kalau aku cakap. Dia jer betul! Menyampah aku,” balas Fikri yang masih mahu menafikan penyataan Damia itu. Damia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala tanpa berkata apa-apa. Tidak sampai beberapa saat, Fikri menyambung kata-katanya semula.

“okla, apa kata kita cakap pasal benda lain? Sebenarnya aku nak tanya, apa kau buat kat sini? Sorang-sorang pulak tu. Tak takut ke?”

“kau ni merepekla. Buat apa nak takut. Kan ramai orang kat sini. Kalau ada orang jahat nak apa-apakan aku, aku jeritla minta tolong. Lagipun, nila tempat aku nak lapangkan fikiran daripada segala masalah,” jawab Damia lalu menghela nafas panjang.

“kau berjaya?” tanya Fikri inginkan kepastian.

“kau rasa?” Damia tidak menjawab malah menyuruh Fikri memikirkan jawapannya sendiri. Fikri menggeleng-gelengkan kepala.

“apa sebenarnya masalah kau? Mungkin dengan meluahkan, kau akan rasa lebih baik. Let me tell you something! Tak semua perkara kita boleh lakukan seorang diri, kadang-kadang kita perlu berkongsi.”

“amboi! Sejak bila kau pandai bermadah ni? Aku oklah!” Damia membalas sambil tersenyum. Namun, senyuman itu tidak cukup melapangkan fikirannya yang berserabut ketika itu.

“sejak aku dilahirkan di muka bumi ini oleh seorang insan istimewa.”balas Fikri spontan.

“ada-ada jela kau ni!”

“kau nak cerita ke tak nak?”

“cerita apa?”

“masalah kau lah!”

“masalah apa?”

“emm, suka hati kaulah. Malas betul aku nak cakap dengan kau. Aku tanya,

kau bukannya nak jawab. Malah, kau tanya aku balik! Tapi takpe. Kau ada hak untuk memilih apa yang terbaik dalam hidup kau. Semua orang sama kerana masing-masing punya masalah. Tapi yang membezakan antara kita semua adalah cara kita menangani masalah tu.”

“thanx.”

“untuk apa?”

“kata-kata kau la.”

“well, ni kan Fikri!”

“mulalah tu!”

“aku cuma nak kau tahu yang aku ada kalau kau nak berkongsi masalah kau,” balas Fikri. Damia terkedu. Dia dan Fikri saling berpandangan. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Lain sungguh bunyinya. Seperti ada yang tersirat di sebalik kata-kata temannya itu. Mungkinkah Fikri… Ah! Tak mungkinlah. Damia membuang perasaan itu jauh-jauh. Dia segera memalingkan pandangannya ke arah tasik. Tidak lama kemudian, terdengar deringan telefon. Telefon Damia berbunyi. Tertera nama pemanggilnya di telefon.

“hello, Dian! Ada apa hal?”

“kau kat mana ha?”

“ada kat tasik ni. Fik pun ada. Datanglah sini, join kitaorang!”

“takpe la. Aku ada hal penting nak cakap dengan kau ni. Aku jumpa sesuatu!”

“apa?”

“susahlah nak terangkan. Kau datang sini boleh tak?”

“ok! Kau kat mana?” tanya Damia. Setelah diberitahu tempat aku berada, talian diputuskan.

“Fik, aku kena pergi dululah. Dian tengah tunggu aku tu,” kata Damia sambil bangun dari tempat duduknya dan menuju ke kereta.

“kau nak ke mana? Nak ikut?!”

“suka hatilah!” balas Damia tanpa berfikir panjang. Dia tahu dia perlu segera menemui temannya. Pasti ada sesuatu yang menarik menantinya! Kereta pacuan empat rodanya dipandu laju keluar dari kawasan tasik. Dilihatnya kereta satria silver yang dipandu Fikri sedang mengekorinya dari belakang.

‘apasal la aku bagi dia ikut. Ah! Biarkanlah.’ Damia bermonolog. Dia meneruskan pemanduan sambil otaknya ligat memikirkan perkara apa yang baru ditemui temannya itu.

BAB 6

Dari jauh sudah kelihatan kereta Audi R8 yang dipandu Damia. Itulah kereta idamannya sejak dibangku sekolah lagi. Siapa sangka bapanya memberi dia kereta itu sebagai kejutan untuknya!

“hey, Dian! Sorry lambat!” kata Damia sejurus keluar dari kereta.

“tak apa. Asalkan kau selamat sampai sini,” balasku memahami keadaan Damia yang pastinya sukar untuk sampai ke sini kerana aku sendiri jarang ke sini. Apatah lagi dia yang jarang keluar rumah selain ke kampus. Tiba-tiba aku ternampak seseorang.

“wei,asal dia ada jugak?” tanyaku hairan. Bagaimana dia tahu kami mahu bertemu di sini? Oh ya! Baru kuingat. Damia ada menyatakan bahawa dia bersama Fikri tadi. Tapi kenapa Damia memberitahu Fikri tentang perjumpaan kami. Atau? Takkanlah Fikri tahu akan misi kami? Siapa yang memberitahunya? Damia? Aku terus berteka-teki. Damia tak mungkin memecahkan rahsia ini kerana dia sudah berjanji. Ada kemungkinan juga dia mungkir janji!

“tadi aku kan bersama dia di tasik. Kitaorang berbual and tiba-tiba kau call. Kau suruh aku datang sini. Dia nak ikut. Kalau aku tak bagi pun dia akan ikut jugak kan? Kau tahula dia tu,” jawab Damia menghilangkan segala curiga di fikiranku. Aku patut tahu. Damia seorang yang menyimpan rahsia. Takkanlah dia sanggup mengkhianati temannya sendirikan? Tapi..air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Walau apapun keadaanya kita harus berhati-hati!

“oh ya! Apa yang kau nak tunjukkan kat aku? Macam penting jer!” tanya Damia ingin tahu. Memang ada sesuatu yang tersangat penting untuk diberitahunya.

“wei Mia, laju betul kau bawak kereta?” Fikri menghampiri kami. Aku dan Damia memandangnya.

“sape suruh kau ikut? Aku nak cepat, mestila pandu laju!”

“tak payahla kau layan dia! Dia memang macam tu. Penyibuk!” balasku geram. Perangainya dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Asyik nak menyibuk jer! Lepas tu menyampuk. Oleh sebab aku tahu Fikri akan menjawab, aku terlebih dahulu menyuruh Damia untuk masuk ke keretaku.

“wei Fik! Kalau kau nak ikut, masuk dan jangan banyak tanya,” kataku lagi mengajaknya. Kasihan pula melihatnya termangu-mangu sendirian. Dia lalu masuk di tempat duduk belakang keretaku tanpa berkata apa-apa.

“ok Mia! Kau nampak tak banglo hijau tu?” tanyaku sambil jari telunjukku menunjukkan ke arah timur laut kami.

“nampak. Tapi, kenapa dengan rumah tu?” tanyanya hairan.

“malam tadi, aku ambil buku dari bilik bacaan. Aku pelik apabila melihatkan ada muka surat dan perkataan yang dibulatkan dengan pen hijau. Aku pun salin muka surat dan perkataan yang ditandakan tu. Aku rasa arwah papa aku yang bulatkan sebagai satu tanda. Apabila aku cantum kata-kata dan nombor tu, terteralah satu alamat. Warna pen yang arwah guna untuk bulatkan muka surat dan perkataan-perkataan tu sama dengan warna rumah tu!”

“buku apa tu?” tanya Damia ingin tahu.

“buku mutiara kata. Dan yang paling pelik, arwah papa tak suka baca buku-buku macam tu!” terangku. Aku tahu benar perangai arwah papa. Dia tidak menggemari buku seperti itu. Dia hanya suka membaca buku berkaitan perniagaan dan yang sewaktu dengannya. Jadi, ini menambahkan kecurigaanku! Tiba-tiba terdengar Fikri ketawa.

“apa yang peliknya? Mungkin arwah papa kau membulatkan muka surat tertentu kerana arwah suka membaca kata-kata dalam muka surat tu! Arwah membulatkan kata-kata tu pula kerana dia tertarik dengan kata-katanya. Pen yang digunakan berwarna hijau sebaba pen tu sahaja yang ada ketika tu,” Fikri membuat kesimpulan.

“betul juga tu! Tapi, macam mana pulak dengan kenyataan Dian yang mengatakan arwah papa dia tak suka baca buku-buku macam tu?” Damia tidak menafikan kata-kata Fikri itu.

“mungkin arwah papa Dian saja je nak tukar angin untuk baca buku-buku macam tu. Orang akan berubah kan?” Fikri membuat penjelasan.

“aku rasa ada betulnya juga kata-kata Fikri tu Dian,” Damia menyokong.

“pada mulanya aku fikir macam tu juga. Tapi..”

“tapi apa?” kata Fikri dan Damia serentak.

“menurut abang Danny, arwah papa tak suka menanda apa-apa pada buku. Dia sangat menjaga bukunya. Even masa belajar pun, arwah papa tak pernah dan tak akan menulis apa-apa pada bukunya. Mulanya, aku tak percaya! Tapi setelah aku lihat buku arwah papa masa dia belajar yang masih disimpan rapi dalam sebuah kotak, tiada satu buku pun yang bertanda apa-apa. Malah, arwah tidak pernah melipat helaian dalam bukunya. Jadi, itulah yang membuatkan aku rasa pasti ada sesuatu yang menyebabkan arwah papa sanggup menulis sesuatu pada buku itu. Tapi, kenapa buku tu?” aku masih tidak dapat menjawab soalan itu.

“kau kata tadi, arwah papa kau tak suka baca buku macam tu kan? Mungkin, itu sebab dia sanggup menulis sesuatu pada buku tu,” kata Damia membuat andaian. Aku mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Damia itu.

“sebenarnya, kenapa aku tengok korang macam sedang siasat tentang sesuatu je?” Fikri menyoal kami.

“nothing!” kami membalas serentak. Fikri termangu. Aku dan Damia berpandangan dan tersenyum. Hampir sahaja misi kami bocor! Nampaknya, kami perlu lebih berhati-hati!

“jadi, kau tahu siapa penghuni rumah tu?” Damia bertanya lagi.

“tak. Sebab tu aku suruh kau datang sini. Aku nak minta tolong kau,” aku menyatakan hasratku. Damia memandangku dan tersenyum. Dia mengangguk dan seperti memahami maksudku. Tapi, sesekali dia menjeling ke arah Fikri. Aku faham. Nampaknya, kami tidak boleh menjalankan agenda kami yang berikutnya kerana kehadiran Fikri. Takut nanti rahsia kami diketahui bukan sahaja dia, malah, seluruh dunia!

“apa yang korang bisik-bisik tu?” tanya Fikri ingin tahu akan perbualan kami. Kami malas untuk menjawab soalannya. Biarlah dia berteka-teki sendiri.

“Dian, aku balik dulu,” Damia memberitahuku sambil membuka pintu kereta.

“ok! Jumpa nanti,” sahutku.

“Mia, kau dah nak balik ke?” Fikri bersuara.

“yalah. Takkan nak suruh Dian hantar kita balik?!” jawab Damia sambil keluar dari kereta. Fikri mengikutnya. Setelah mereka berdua keluar dari keretaku, aku memecut laju keretaku untuk pulang ke rumah.

Setibanya di rumah,naku lihat kereta abang Danny ada di halaman rumah. Aku hairan.

‘abang Danny tak ke pejabat ke hari ni?’ aku bertanya pada diri ku sendiri. Untuk mengetahi jawapannya, aku segera masuk ke dalam rumah. Aku lihat di ruang tamu, abangku tiada di situ. Kemudian, aku mencari abang Danny di kamarnya. Juga tidak ada. Jadi, aku membuat keputusan untuk bertanya saja pada Mak Mah. Dalam perjalanan ke dapur, aku terhenti. Kulihat seorang jejaka memakai jeans dan baju kemeja biru di tepi kolam renang. Lantas, aku menegurnya.

“abang Danny!” jeritku. Dia memusing badannya ke belakang. Aku terkedu. Lelaki itu bukan abang Danny, tetapi seorang yang tidakku kenali. Siapa dia? Sukar untuk menjawab saoalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya!

BAB 7

“Dian pasti tak kenal dia ni?” tanya abang Danny sekali lagi. Aku memandang wajah lelaki itu untuk kesekian kalinya dan menggelengkan kepala.

“Dian, inikan Dominic. Orang yang menguruskan syarikat arwah papa di Singapura. Dia pernah datang sini dulu,” abang Danny menjawab soalanku. Namun, aku betul-betul yakin bahawa aku tidak pernah melihat muka orang putih kelahiran Jerman itu.

“oh ya ke?” aku terus mengamati wajah jejaka itu. Matanya yang kebiruan dan senyumannya membuatkan aku terpana. Aku segera mengalihkan pandanganku daripada wajahnya.

“tidak mengapalah Dian. Tak perlu paksa diri awak untuk ingat tentang saya. Yang penting, kita dah berjumpa sekarang,” kata Dominic yang fasih berbahasa melayu.

“ok! Anyway, kenapa awak datang ke mari? Ada urusan syarikat ye?” tanyaku. Sekali lagi dia tersenyum sebelum menjawab soalanku. Baru aku perasan dia memiliki lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Sama sepertiku!

“ya. Ada sesuatu yang perlu saya bincangkan dengan Danny tentang syarikat di Singapura,” terangmya. Aku hanya mengangguk tanda faham akan tujuannya ke mari.

“dia akan tinggal di rumah kita selama sebulan ni,” jelas abang Danny lagi.

“abang Danny dah beritahu mummy?” tanyaku. Walaupun kami sudah besar panjang, kami masih perlu meminta izin daripada ibu tiri kami sekiranya ada sesiapa yang mahu menumpang di rumah kami.

“dah. Mummy yang beritahu abang yang Dominic nak datang. Oh ya, kenapa Dian balik awal hari ni? Tak de kelas?”

“tak. Pensyarah Dian ada hal.”

“memandangkan Dian ada di rumah hari ni, boleh tak tolong abang Danny?”

“apa?”

“tolong bawa Dominic ke biliknya dan kenalkan dia kawasan rumah kita, boleh? Abang Danny nak ke pejabat sekejap. Ada hal,” pinta abang Danny.

“itu tak menjadi masalah. Dian sedia menghulurkan bakti!” jawabku dan tersenyum.

“jom Dominic! Bilik awak di tingkat atas.” Aku ingin membantu Dominic mengangkat bagasinya. Namun, bagasinya terlalu berat sehingga tidak terdaya untuk aku membawanya ke atas.

“tak mengapalah, saya boleh angkat sendiri. Lagi satu awak boleh panggil saya Dom sahaja.”

“ok Dom! Mari!” aku tersenyum dan membawanya menuju ke tangga.

“ini bilik awak. Maaflah kalau ada yang kurang,” kataku seraya membuka pintu biliknya.

“tidak mengapa. Bilik ini cantik,” katanya memuji kamar yang memang kami sediakan khas untuk para tetamu yang datang ke mari. Hiasan bilik ini cukup ringkas dengan cadar yang berwarna putih dan langsir yang kebiruan. Aku membuka jendela lalu menuju ke balkoni. Aku menghirup udara segar. Bukit bukau dan kehijauan hutan menenangkan minda. Tak sangka, cantik juga pemandangannya kalau dilihat dari sini. Tidak seperti di biliku, hanya dapat melihat jalan raya dan halaman rumah.

“cantik pemandangan dari sini kan?” Dominic tiba-tiba bersuara. Aku menggangguk dan tersenyum. Tiba-tiba aku teringatkan arwah papaku. Terasa rindu padanya setelah sekian lama tidak berjumpa. Aku teringat akan percutian kami ke Pulau Sipadan di Sabah suatu masa dahulu. Aku berumur 16 tahun ketika itu. Abang Danny tidak dapat ikut serta kerana dia sedang sibuk belajar untuk peperiksaan yang bakal dihadapinya. Pelbagai perkara yang menyeronokkan, kami lakukan bersama. Malang tidak berbau! Aku jatuh semasa kami sedang melakukan ‘mountain climbing’ bersama. Kakiku terseliuh. Nasib baik hari itu merupakan hari terakhir kami bercuti. Jadi, keesokannya kami segera pulang ke Teratak Bayu. Doktor yang merawatku berpesan supaya aku berehat untuk seminggu. Kemudian, aku mesti pergi ke hospital semula untuk memeriksa keadaan kakiku. Takut ada berlaku keretakan pada tulang kakiku. Alhamdulillah. Aku dapat meneruskan rutinku seperti biasa.

“Dian,” panggilan Dominic membuatkan aku tersentak. Segeraku mematikan lamunan.

“apa awak cakap tadi?” tanyaku yang tidak menghiraukan percakapannya sebentar tadi kerana sibuk melayan perasaanku.

“awak ok? Saya panggil awak dari tadi tapi awak tak menyahut pun?” balas Dominic yang berdiri di sebelahku dari tadi.

“saya ok. Saya cuma teringatkan arwah papa saya.”

“saya turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa papa awak.”

“terima kasih. Selepas awak selesai berkemas dan membersihkan diri, saya akan bawa awak melihat kawasan rumah kami, ok?”

“ok!”

“baiklah, kalau macam tu saya keluar dulu. Kalau awak perlukan apa-apa, awak ketuk sahaja pintu bilik saya. Bilik saya berada di sebelah sana,” aku meminta diri lalu menunjukkan arah bilikku dari biliknya. Dia mengangguk tanda faham. Kemudian, aku meminta diri untuk ke kamarku.

Selepas makan tengah hari, aku membawanya ke sekitar rumahku. Aku menunjukkan kolam ikan dan gazebo yang dibina di sebelahnya. Kali terakhir kami sekeluarga menghabiskan masa di situ ialah 2 hari sebelum papaku ditimpa kecelakaan yang menyebabkan dia koma dan meninggal. Selepas itu, kami tidak pernah duduk bersama-sama di situ. Abang Danny lebih suka menghabiskan masa di pejabat. Begitu juga dengan mummy. Aku pula? Lebih selesa duduk di kamar atau keluar bersama Damia. Kemudian, aku membawanya ke kebun di belakang rumahku. Dahulu, kebun itu hanya dihiasi dengan beberapa jenis bunga. Arwah mama suka menanam bunga-bunga di situ. Kini, kebun itu dihiasi dengan lebih banyak ulam-ulaman dari bunga-bungaan. Setelah arwah mama meninggal, papa meletakkan kebun itu di bawah jagaan Mak Mah. Tempat terakhir yang aku tunjukkan pada jejaka mat salleh itu ialah bilik bacaan. Dia melihat-lihat buku di situ. Kemudian, dia mengambil sebuah buku. Oleh sebab tertarik denagn buku itu, dia membacanya. Aku sekadar melihat gelagatnya.

“boleh saya pinjam buku ini?” tanyanya meminta izinku.

“tentulah boleh. Nanti, kalau dah habis baca beri saja pada saya. Saya akan letak balik di sini. Bilik ini selalunya dikunci sebab jarang kami menggunakan bilik ini. Tapi, kalau saya tiada di rumah, awak minta sahaja kunci daripada Mak Mah,” terangku.

“baiklah, terima kasih,” balasnya seraya tersenyum. Pintu diketuk dari luar. Mak Mah membawa masuk dulang yang diletak dua gelas jus tembikai dan sepinggan pisang goreng.

“terima kasih Mak Mah. Dom jemput minum. Maka Mah tak minum sekali?” tanyaku kepada Mak Mah yang sedang menghulurkan jus tembikai kepadaku dan Dom.

“tak pelah, Mak Mah minum dengan Pak Mat kamu di bawah,” balas Mak Mah lalu meminta untuk turun ke dapur. Kini, tinggal aku dan Dom sahaja di bilik itu. Kami menikmati hidangan yang disediakan oleh Mak Mah sebentar tadi lalu berbual tentang keluarga masing-masing. Aku begitu teruja untuk mengetahui sesuatu tentang dirinya. Dia menceritakan perihal kedua-dua orang tuanya yang merupakan kawan baik arwah papa dan mamaku sewaktu di sekolah dulu. Ibu bapanya menetap di Jerman. Dia tinggal bersama kakaknya di Singapura menguruskan cawangan arwah papaku di sana. Dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Kakaknya, Catherine ialah peguam sebuah firma di sana. Katanya, kakaknya ialah peguam syarikat kami di sana. Seperti abang Danny yang merupakan satu-satunya abangku, begitu juga Catherine kepada Dominic. Banyak yang kami kongsikan pada petang itu. Oleh sebab aku teringat yang aku masih belum menunaikan solat asar, aku meminta untuk beredar dahulu. Sementara itu, Dominic aku tinggalkan bersendirian di situ kerana dia mahu terus membaca buku.

Malam itu, aku menerima panggilan telefon daripada Damia yang mahu mengajakku keluar keesokan harinya.

“Dian, esok malam ada apa-apa hal tak?”

“tak, kenapa?”

“jom keluar! Aku nak belanja kau ni,”

“apa mimpi kau ajak aku keluar ni?”

“kebetulan kita dah lama tak keluar sama-sama and mak aku pun bagi duit lebih bulan ni. Jadi, sebab tu aku nak belanja kawan baik aku ni. Tak salah kan?”

“emm..ok! Aku ikut je. Nak jumpa kat mana? Pukul berapa?” aku bersetuju memandangkan kami sudah lama tidak makan malam bersama. Selepas diberitahu alamat dan waktu kami perlu bertemu, aku mematikan talian.

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan aku tiba di restoran tepat jam 8 malam. Tidak lama kemudian, Damia datang bersama seseorang.

“hallu, Dian! Maaf lambat. Aku tunggu Fik tadi. Dia bersiap mengalahkan perempuan,” sapa Damia lalu duduk di hadapanku bersebelahan Fikri.

“tak pa, aku pun baru sampai. Tapi, kau tak kata pun dia ikut sekali?”

“saja je. Lagipun, kalau aku cakap dia ada sekali kau mesti tak nak datang kan?” Damia mengangkat keningnya. Aku hanya mendiamkan diri kerana malas untuk berkata apa-apa. Aku tahu tiada gunanya lagi kerana dia kini sudah ada di hadapanku. Mahu atau tidak aku terpaksa makan semeja dengannya. Setelah membuat pesanan, aku lihat Damia dan Fikri rancak berbual. Aku hanya mencelah sekali-sekala sahaja. Itupun kalau ada pertanyaan yang diaju. Jika tidak, aku endah tidak endah dengan kata-kata mereka. Entah mengapa, aku berasa tidak selesa pula dengan situasi sekarang ini. Aku rasa seperti mahu lari dari situ. Lalu, aku membuat keputusan untuk ke tandas sebentar.

“Mia, aku pergi tandas sekejap tau,”

“kau nak aku temankan ke?” tanya Damia.

“eh, tak pe. Aku boleh pergi sendiri. Kalau kau temankan aku, kesian pula dengan kawan kau tu,” jawabku dan berlalu pergi. Sebenarnya, aku tidak ke tandas sebaliknya bersiar-siar di sekitar situ. Entah apa yang indahnya malam itu pun aku tidak tahu. Tapi, hatiku rasa tenang apabila mendengarkan deruan ombak. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, membuatkan tubuhku bertambah dingin. Tiba-tiba hatiku sayu. Air mataku jatuh berguguran. Aku tidak pasti apa yang tidak kena pada diriku. Aku rasa seperti mahu menangis, menjerit dan entahlah! Macam-macam perkara berlegar-legar di fikiranku. Aku terfikir soal kematian ibu bapaku yang tidak kutahu puncanya, emak tiriku yang jarang berada di rumah sejak kematian papaku, abangku yang kini sentiasa sibuk di pejabat, keselamatan mak cik Medina dan perhubungan aku dengan lelaki yang bergelar teman baikku sewaktu dulu. Tapi sekarang, hubungan kami tidak seindah dulu. Aku percaya kami perlukan masa untuk memperbaiki hubungan yang telah suram semejak aku pergi meneruskan pelajaranku di sekolah berasrama penuh. Tidakku duga hubungan yang begitu baik dulu, kini, hanya tinggal kenangan. Apa yang aku tahu aku perlu buang perasaan janggal itu. Aku perlu melupakan segala perselisihan antara kami dan mulakan buku baru! Tapi, persoalannya sekarang. Adakah dia juga berfikir sepertiku? Sekiranya dia sudah pasrah dengan perhubungan kami, tiada apa yang boleh kulakukan selain redha dengan persahabatan ini. Tiba-tiba, aku teringatkan Damia. Aku segera mengesat air mata di pipi dan berlalu dari situ. Pasti mereka sedang mencari dan menungguku!

“kau pergi mana Dian? aku cari kau dekat tandas tadi, kau tak ada?!” Damia berkata dalam nada yang risau.

“tenangla Mia! Aku kan dah besar, aku tahulah jaga diri aku,” balasku meredakan kerisauannya.

“kalau kau besar macam mana sekalipun, lain kali kalau nak pergi tempat lain, beritahulah kami dulu! Kesian Mia. Dari tadi sibuk mencari kau,” sergah Fikri tiba-tiba. Dia membuatkan aku terkejut. Aku seperti telah membuat satu kesalahan besar dengan tidak memberitahu ke mana aku pergi. Aku terdiam seketika.

“Mia, aku nak minta maaf sebab buat kau risau. Aku tak tahu pula kau akan risau sampai pucat muka tu. Sayang juga kau kat aku ye?” aku memohon maaf atas tindakanku yang menghilang secara tiba-tiba.

“mahunya tak sayang! Kau tu kan kawan baik aku. Kalau apa-apa jadi kat kau macam mana? Apa aku nak jawab pada abang kau nanti. Aku ingat kau pengsan atau kena culik sampai tak balik-balik sini. Nasib baik, kau tak apa-apa.”

“yalah, sekali lagi aku minta maaf. Lain kali setiap gerak-geri aku, aku beritahu kau ok?” balasku seraya tersenyum. Damia membalas senyuman itu.

“dah, jom makan! Aku belanja ni,” Damia menjemput kami makan. Kami makan dengan sungguh berselera sekali. Tapi, tidak banyak yang kami bualkan. Aku dan Fikri? Seperti itu juga, tiada perbezaan. Aku rasa biarlah waktu yang menentukan!

No comments:

Post a Comment