Wednesday, January 26, 2011

sambungan novel franky_francine

BAB 8

Hari itu hari Ahad. Aku bercadang untuk menziarahi pusara ayah dan bondaku. Aku bercadang untuk mengajak abang Danny, tapi dia sudah keluar awal-awal pagi lagi. Ke mana? Aku sendiri tidak tahu. Takkanlah hari ahad pun dia masih ke pejabat? Kalau dia ke pejabat, kenapa tidak dibawa Dominic sekali? Kasihan pula aku lihat Dominic seorang diri di rumah. Memandangkan mummyku juga telah ke New York semalam atas urusan kerja dan akan pulang setelah semua urusannya selesai di sana. Seperti biasa juga, setiap hari ahad Pak Mat akan menemani Mak Mah ke pasar untuk membeli barangan keperluan rumah. Jadi, aku rasa lebih baik aku membawa Dominic bersiar-siar. Tidak baik tetamu dibiarkan seorang diri di rumah. Dia sepatutnya diberi layanan yang baik. Semasa sedang menuruni tangga, aku lihat Dominic segak berpakaian kemeja biru dan jeans hitam. Dia membawa sekali kameranya. Mungkin dia mahu merakam detik-detik manis berada di Malaysia!

“hai, Dom! Maaf kerana buat awak lama menunggu,” aku meminta maaf atas kelewatanku bersiap. Namun, tiada sebarang reaksi dari Dom. Aku melambaikan tangan di hadapan mukanya. Kemudian, barulah dia tersedar dari lamunannya.

“awak tak apa-apa?”

“saya ok. Awak nampak ayu apabila memakai baju itu.” Dia memuji pakaianku.

“terima kasih. Baju ini abang Danny yang belikan untuk saya bulan lepas.”

“oh ya ke? Pandai dia pilih,” puji Dominic lagi akan kepintaran abangku, Danny memilih pakaian yang sesuai dengan diriku.

“yalah. Ok, jom!” ajakku sambil mengeluarkan kunci kereta dari beg tanganku. Setelah mengunci pintu rumah, keretaku aku pandu laju ke suatu tempat. Semasa di dalam kereta aku memberitahunya tempat yang akan dia pergi. Kami akan membeli belah di pusat beli-belah yang selalu aku tuju bersama Damia. Kemudian, barulah aku membawanya bersiar-siar di pantai. Tapi, sebelum itu..

“Dom, awak boleh tunggu sekejap tak?” tanyaku setelah sampai di perkuburan Islam berdekatan dengan rumahku.

“ya, sudah tentu.” Aku turun dari kereta dan berlalu pergi. Aku terkejut apabila melihatkan pusara ibu bapaku yang sangat bersih seperti ada yang menjaganya setiap hari. Tiada sebarang tumbuh-tumbuhan besar yang tumbuh meliar di tepi pusara. Aku bertambah hairan apabila ada bunga-bungaan segar di atas pusara dan tanahnya juga masih basah. Mungkinkah ada yang datang menziarah pusara ini? tapi siapa? mummy ke New York. Mak Mah dan Pak Mat pula ke pasar. Abang Danny mungkin? Aku biarkan soalanku tiada jawapan. Lebih baik aku bertanya saja kepada abang Danny nanti. Selepas berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua insan istimewa dalam hidupku itu, aku kembali ke keretaku.

“maaf ye. Saya ke pusara ibu bapa saya tadi.”

“tak mengapa, saya faham.” Aku menghidupkan enjin dan berlalu meninggalkan perkuburan Islam itu. Dalam perjalanan menuju ke pusat beli-belah, kami berbual mesra. Macam-macam perkara yang menjadi topic perbualan kami. Aku senang dengan caranya. Dia pandai melawak yang membuatkan aku tertarik dengannya. Sikapnya yang bersahaja membuatkan aku suka berbual dengannya. Dia tidaklah seperti sesetengah usahawan muda yang aku kenali. Sibuk di tempat kerja dan serius sahaja sepanjang masa sehingga tiada masa untuk memikirkan soal hati dan perasaan! Seperti abangku Danny yang masih belum punya kekasih hati walaupun umurnya sudah mahu menjangkau 30 tahun. Aku pula yang risau memikirkan tentang abangku. Akhir-akhir ini aku lihat, dia sentiasa sibuk hingga tiada masa untuk bersarapan di rumah. Itulah juga yang membuatkan aku jarang menemui Dominic kerana awal-awal pagi lagi dia sudah keluar bersama abangku ke pejabat melakukan rutin harian mereka. Jadi, hari ini aku mengambil peluang membawa Dominic keluar dari rutin abang Danny. Aku mahu membawanya ke tempat-tempat menarik di sini. Sedang kami berjalan di pusat beli-belah, aku ternampak sebuah kedai jam di situ. Aku meminta untuk singgah sebentar di kedai jam itu untuk meluhat jam-jam keluaran terbaru. Manalah tahu ada yang aku berminat!

“awak suka simpan koleksi jam ke?” tanya Dominic mengagak hobiku.

“yup!” aku menjawab ringkas. Kami melihat-lihat jam yang ada di situ. Kemudian, Dominic menuju ke arahku dengan membawa seutas jam tangan Polo berwarna hitam.

“cuba awak pakai Dian.”

“saya rasa jam ini sesuai dengan awak,” Dom menyatakan pendapatnya. Tiba-tiba aku teringat pada Fikri. Dulu, setiap kali kami ke mari dialah yang akan memilihkan jam tangan untukku. Aku masih ingat seutas jam tangan yang dipilihkan untukku dan aku membelinya. Itulah jam tangan kesayanganku. Pada hari lahirnya beberapa tahun yang lepas, aku menghadiahkan jam tangan Everlast untuknya. Dia menyukainya. Masih jelas kelihatan wajahnya yang tersenyum puas apabila membuka hadiah itu. Aku sedar. Walaupun banyak perbezaan kami, kami punya satu benda yang boleh dikongsikan bersama iaitu jam! Kemudian, aku terfikir satu idea! Ada sesuatu yang boleh memperbaiki hubungan aku dan dia. Jam!

“Dian, kenapa awak termenung? Tak suka ke jam tangan tu?” tanya Dominic yang mungkin kebingungan melihat aku terdiam.

“eh, tak delah. Saya cuma teringat pada kawan saya. Dulu, dia selalu pilihkan jam untuk saya. Sekarang ni awak pula,” terangku.

“oh! Jadi macam mana dengan jam tu?” tanyanya pula meminta persepsiku tentang jam itu. Belum sempat aku menjawab, ada seseorang menegurku dari belakang. Damia! Dia bukan seorang. Sekali lagi, dia bersama Fikri. Nampaknya, mereka selalu menghabiskan masa bersama. Ah, lupakanlah! Aku patut tahu sejak ketiadaanku, mereka semakin rapat.

“Dian, buat apa kat sini?” tanya Damia.

“aku bawa Dom jalan-jalan. Kenalkan ini Dominic, rakan niaga abang aku dari Singapura,” aku memperkenalkan Dominic pada mereka. Aku tahu Damia pasti terkejut kerana aku tidak pernah memberitahunya tentang kehadiran Dom ke sini.

“hai, nice to meet you. I’m Damia.” Damia memperkenalkan dirinya.

“Dom, Damia ni kawan baik saya dari zaman sekolah lagi.”

“oh ye ke?” Dom membalas sambil tersenyum memandang Damia.

“awak tahu Bahasa Melayu?” Damia terkejut.

“oh, ya! Saya sudah lama menetap di Singapura dan berkawan rapat dengan Danny. Jadi, saya belajar Bahasa Melayu dengannya.

“Dom, awak berdua berbuallah dulu. Saya nak bayar jam ini dulu.”

“awak jadi untuk membelinya?” tanyanya seperti terkejut dengan tindakanku.

“yup!” balasku sebelum ke kaunter.

“Damia! Boleh awak tunggu sebentar?!” pinta Dominic. Damia mengangguk.

Semasa aku mahu mengeluarkan duit untuk membayar harga jam itu, Dom menghalangku.

“cik, saya bayar,” kata Dominic kepada tuan punya kedai itu.

“Dom?!” aku keliru.

“tak pe, Dian. Saya memang nak belanja awak pun. Anggap saja ini hadiah daripada saya untuk awak. Jam ini menandakan kenangan kita, ok?”

“baiklah,” aku mengikut saja kehendaknya. Aku bercadang untuk membeli sesuatu untuknya pula. Namun, ianya perlu kurahsiakan kerana aku mahu buat satu kejutan! Setelah Dom membuat bayaran untuk jam tangan yang dipilihkan untukku, perutku mula memainkan pelbagai irama. Oleh itu, aku mengajak Dom, Damia dan Fikry mengisi perut.

Semasa makan, pelbagai perkara yang menjadi bahan bualan aku, Dom dan Damia. kulihat Fikry diam sahaja dari tadi. Kenapa? Adakah dia sakit? Atau ada sesuatu yang merunsingkannya?

“lepas ni kau dan Dom nak pergi mana?” tanya Damia ingin tahu ke mana akan kubawa dia pergi selepas ini.

“aku ingat nak bawa Dom pergi pantai. Kau nak join ke?”

“bagus juga tu! Fik macammana?”

“aku tak boleh pergila. Mak aku baru telefon aku tadi suruh balik cepat. Ada hal,” kata Fikri menolak ajakan kami.

“kalau macam tu, tak pelah. Kau pergilah balik, kaukan anak emak,” sindir Damia.

“habis tu, kau nak balik naik apa?” tanya Fikri kerana dia yang membawa Damia ke sini denagn menaiki keretanya. Jikalau dia pulang dahulu, bagaimana pula Damia mahu pulang?

“Fik, aku kan ada. Aku boleh hantar dia balik nanti,” balasku menawarkan diri.

“tak pe ke Mia?” tanya Fikri inginkan kepastian dari mulut Damia sendiri.

“kalau Dian tak kisah, aku lagi tak kisah. Tapi, aku tak ganggu kau dan Dom kan?”

“eh, mana ada awak mengganggu kami. Malah, pasti seronok kalau kita pergi ramai-ramai kan?” celah Dom pula.

“okla, kalau macam tu!” balas Damia gembira.

“baiklah, aku balik dulula ye,” Fikri mengundur diri untuk pulang sekarang memandangkan kami sudah selesai makan.

Setibanya kami di pantai. Kami bersiar-siar di persisiran. Kebiasaannya kalau aku ke pantai, aku akan melayan perasaanku sendiri. Pasti fikiranku melayang pada sebuah kenangan, suatu rahsia dan seseorang yang istimewa.

“Dian, kenapa awak berdiam diri sahaja?” tanya Dom yang mungkin tidak selesa melihat aku tidak berkata apa-apa.

“Dom kalau awak nak tahu, Dian ada satu habit tau!” balas Mia yang membuatkan aku mengerutkan dahiku. Bukan kerana marah, tapi lebih kepada perasaan ingin tahu. Apa habit aku yang Mia cuba beritahu kepada Dom?

“setiap kali Dian datang ke pantai, dia tidak akan mengendahkan sesiapa kecuali perasaannya. Walaupun saya ni teman baik dia, dia akan buat tak tahu je kalau saya berbual dengannya. Tak kiralah dia sedih atau happy, dia tetap akan ke mari. Baginya disinilah tempat dia meluahkan segala yang terbuku di hati. Dia bukannya mahu berkongsi, malah lebih senang berdiam diri. Kesimpulannya, kalau awak nak ke pantai jangan pergi berdua je dengan dia. Kalau awak tak ajak orang lain, nampaknya jadi tunggullah awak di sisinya,” terang Damia panjang lebar.

“amboi, suka hati je!” aku mencubit kawan baikku itu. Nampaknya, dia cukup mengenaliku. Dominic ketawa melihat kemesraan kami.

“Dom, awak jangan percaya cakap dia ni!”

“kalau betul pun apa salahnya. Setiap orang mempunyai tempat untuk bersendirian dan meluahkan perasaan. Mungkin, awak selesa untuk bersendiri di sini,” balas Dom. Betul juga kata-kata mat salleh ni. Tak sangka dia sangat memahami orangnya.

“awak berdua nak apa-apa tak? saya ingat saya mahu pergi ke gerai yang menjual pisang goreng itu,” Dominic menawarkan diri untuk ke gerai Mak Yam. Aku mengenali wanita itu kerana aku sering membeli pisang goreng daripadanya. Pisang goreng itu memang sedap! Tambah pula dengan ABC di tengah hari. Memang mengasyikkan! Oleh sebab dia berbaik hati untuk membelikan kami santapan di waktu petang ini, aku cuma memintanya untuk membelikan aku air kelapa. Entah mengapa tekakku seperti berteriak mahu dibasahi dengan air itu. Damia juga sama sepertiku, hanya meminta Dom membelikan air kelapa. Setelah Dom pergi, aku dan Mia mencari tempat yang redup untuk duduk. Kami duduk di atas batu yang terletak di bawah sebatang pokok yang agak rendang. Entah apa nama pokok itu, aku pun kurang pasti!

“Dian, kau dan Fik macam mana?” tanya Mia tiba-tiba.

“macam biasala,” jawabku ringkas. Aku rasa dengan jawapanku itu cukup untuk menerangkan status hubungan kami yang kian pudar.

“aku rasa kau kena buat sesuatu lah. Takkan kau nak biarkan persahabatan korang berakhir macam tu je?”

“siapa yang nak persahabatan dia berakhir dengan sebuah memori yang tak menggembirakan? Tapi, aku nak buat macammana? Aku dah tak de idea dah!” Mungkin kata-kataku menggambarkan aku sudah berputus asa. Tapi, percayalah aku masih terus mencari jalan untuk mengembalikan kemesraan dalam persahabatan itu.

“oh ya! Minggu hadapan, ulang tahun kelahiran diakan? Apa kata kalau kita buat parti hari lahir untuk dia? Parti kejutan! Mungkin dengan cara ni, boleh merapatkan hubungan tu?” kata Damia member idea. Tidakku nafikan dia memang memiliki bermacam-macam idea. Dan semuanya bagus-bagus. Otaknya memang bergeliga! Sebab itu, aku sentiasa bersetuju dengan cadangannya.

“ok, aku ikut je! Tapi, kalau tak berjaya macammana?” tanyaku meragui cadangan itu.

“kita cuba dulu. Mana tahu dengan berkat keikhlasan dan niat baik kau, korang dapat menyelamatkan persahabatan korang yang bagai telur di hujung tanduk tu!”

“amboi, berperibahasa pula dia! Yela, sekurang-kurangnya kita cubakan?”

“macam nil ah kawan aku!” balas Damia sambil memelukku.

“hai, apa yang seronok sangat ni? saya terlepas apa-apa yang menyeronokkan ke?” tanya Dominic yang datang dari belakang kami secara tiba-tiba.

“tak de apa lah Dom. Saya dan Dian bergurau aje. Anyway, terima kasih belikan kami semua ni!”

“yela, Dom! Terima kasih juga.”

“sama-sama! Tapi, bantuan saya ini apalah sangat kalau mahu dibandingkan dengan bantuan kamu berdua kepada saya. Kamu telah menjadikan hari saya seronok!”

“bagusla kalau macam tu! Gembira saya mendengarnya. Jomlah makan!” ajakku seraya membuka bungkusan pisang goreng yang masih panas itu. kami makan dengan penuh berselera sambil berbual panjang. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Selepas menghantar Damia pulang, aku dan Dom pulang ke rumah. Hari ini memang cukup seronok bukan sahaja untuk Dominic tetapi aku juga. Hal ini kerana aku dapat meluangkan masaku satu hari suntuk dengan teman baikku. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini, kami jarang berjumpa. Jadi, hari ini telah tercatatnya satu memori indah dalam diari hidupku!

No comments:

Post a Comment